Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hacker stealing data from computer

Dilaporkan Ada Pihak Cuba Menjual Maklumat Peribadi Milik Jutaan Rakyat Malaysia

Diterbitkan Oktober 19, 2017 · Dikemas kini Oktober 22, 2017 oleh Helmi Samsuri
Dilaporkan Ada Pihak Cuba Menjual Maklumat Peribadi Milik Jutaan Rakyat Malaysia
Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak SKMM.

 

Kemaskini – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta Lowyat.net  menurunkan artikel asal.

Memetik laporan dari laman Lowyat.net, semalam, mereka telah mengesan cubaan menjual pengkalan data di ruangan Lowyat Forums. Difahamkan bahawa, sejumlah besar maklumat peribadi milik rakyat Malaysia cuba didagangkan dan maklumat-maklumat itu dipercayai dicuri dari beberapa platform dan agensi penting dalam negara.

 

Antara maklumat peribadi yang dipercayai diceroboh adalah, nama, alamat surat-menyurat, nombor telefon, maklumat gaji, senarai hitam dan lain-lain.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat Lowyat.net, pencerobohan ini mungkin dilakukan sekitar tahun 2012-2015 yang lalu.

Lowyat juga sedang menunggu maklum balas lanjut dari pihak SKMM.

Sumber: Lowyat.net 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY