Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI image_

Garis Panduan Syariah Bagi Penggunaan AI Perlu Digubal – Menteri

Diterbitkan September 11, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, telah menyeru agar pihak berkuasa agama menggubal garis panduan syariah bagi penggunaan AI.

Langkah ini penting bagi memastikan teknologi digunakan selaras dengan prinsip Islam dan tidak menjejaskan akidah serta nilai-nilai murni umat.

Perkara itu ditegaskan beliau Konferensi i-CONSCIENCE 2025 ketika merasmikan International Conference on Human Sciences and Civilisations (i-CONSCIENCE 2025) anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Antara isu yang dibangkitkan termasuklah penyalahgunaan data peribadi, manipulasi identiti melalui teknologi suara dan wajah, serta penyebaran maklumat palsu yang boleh mencemarkan imej Islam.

Beliau berkata, dalam hal ini, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat penting dalam menyediakan panduan digital yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, AI juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan dakwah, pendidikan, dan pengukuhan spiritual.

Islam sebagai agama ilmu menggalakkan umatnya bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga pencipta dan peneraju dalam bidang seperti bioteknologi dan kejuruteraan digital.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Tor Lancar Aplikasi VPN Khusus Untuk Telefon Pintar Android
  • Copilot Di Microsoft Edge Kini Dengan Pilihan GPT-5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY