Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dubai Uji Teknologi Imbasan Baharu, Laptop Tak Perlu Dikeluarkan Dari Beg

Dubai Uji Teknologi Imbasan Baharu, Laptop Tak Perlu Dikeluarkan Dari Beg

Diterbitkan September 9, 2025 oleh ariff bukhari

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) bakal menghapuskan keperluan penumpang pesawat mengeluarkan komputer riba dan mengeluarkan cecair daripada beg semasa pemeriksaan keselamatan menjelang akhir 2026.

Ia meliputi komputer riba, tablet, dan elektronik besar yang lain boleh kekal dalam beg sepanjang proses pengesanan.

Selain itu, penumpang juga akan dapat membawa cecair melebihi 100ml dalam beg kabin mereka tanpa perlu mengeluarkannya semasa pemeriksaan keselamatan setelah sistem baru ini beroperasi sepenuhnya.

DXB mula memasang teknologi pengimbasan generasi baharu dengan imej 3D beresolusi tinggi serta sistem AI, yang membolehkan pemeriksaan lebih pantas dan selamat tanpa memerlukan penumpang membuka beg mereka.

Kontrak pemasangan telah diberikan kepada syarikat British, Smiths Detection, melibatkan lebih 140 mesin sedia ada yang akan diganti dengan mesin baharu itu.

Dubai Uji Teknologi Imbasan Baharu, Laptop Tak Perlu Dikeluarkan Dari Beg
Dalam separuh pertama 2025, telah DXB menerima 46 juta penumpang.

Ujian kini sudah pun mula dijalankan di Terminal 3 (Emirates Airlines), dan akan digunakan di semua terminal dengan pelaksanaan penuh dijangka akan mempercepatkan aliran penumpang di lapangan terbang paling sibuk di dunia itu.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • CATL Lancar Bateri EV Cas 10 Minit Tawar Julat 478Km, Hayat 12 Tahun
  • Google Patuhi Arahan Korea Selatan Kaburkan Imej Satelit Pada Peta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
©2026 WISER.MY