Ia termasuklah mengutip data berkaitan lokasi dan data privasi lain walaupun pengguna telah menetapkannya kepada tidak dibenarkan terhadap permintaan aplikasi tersebut.
Satu laporan penyelidikan terhadap sistem kebenaran Android telah dikeluarkan menerusi penyelidikan bersama yang dijalankan antara pihak AppCensus. Inc, U.C Berkeley, Universidad Carlos III de Madrid, ICSI, University of Calgary dan IMDEA Networks Institute.
Dalam laporan penyelidikan yang bertajuk "50 Ways to Leak Your Data: An Exploration of Apps’ Circumvention of the Android Permissions System" itu mendedahkan bahawa lebih daripada 1000 aplikasi telefon pintar Android didapati terus mengutip data penggunanya walaupun selepas pengguna menetapkan kepada tidak dibenarkan pada tetapan aplikasi tersebut.
Atau secara tepatnya adalah sebanyak 1325 daripada 88,000 aplikasi daripada pelbagai kategori yang terdapat di dalam Google Play store telah di dapati mengutip data penggunanya tanpa kebenaran.
Kutipan data itu termasuklah menjejaki data lokasi tanpa kebenaran pengguna yang biasanya akan diminta oleh sesebuah aplikasi bagi menjejaki penggunanya.
Tidak setakat itu, penyelidik juga menemui aplikasi yang ditetapkan tidak dibenarkan menjejaki dan mengutip data penggunanya didapati telah menumpang aplikasi lain pula yang memperoleh kebenaran pengguna sebagai kambing hitam untuk ia mengutip data tanpa disedari.
Walaupun daripada penyelidikan itu didapati hanya 13 aplikasi sahaja yang berbuat demikian, tetapi aplikasi-aplikasi itu telah dimuat turun lebih daripada 17 juta kali ke dalam peranti Android.
Dalam laporan itu juga memaklumkan bahawa pihak Google telah sedia maklum akan masalah tersebut menerusi laporan dan aduan yang pernah diterima mereka sebelum ini.
Penambahbaikan bagi menangani isu ini dijangka akan dibuat di dalam sistem operasi Android Q yang akan dilepaskan kepada pengguna dalam tahun ini juga dengan menyediakan tetapan yang memberikan pengguna lebih kawalan terhadap tetapan privasi data mereka.
Juga dengan kata lain, pengguna telefon pintar Android model terdahulu perlulah memiliki model terbaru bagi membolehkan mereka menggunakan versi terbaru Android tersebut.
Berkaitan
- Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android
- WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023
- Nokia Tandatangani Perjanjian Paten 5G Dengan vivo
- Peranti Android Terdahulu Tidak Lagi Boleh Menggunakan Aplikasi Dan Servis Google
- Apple Disaman, Didakwa Kumpul Data Penggunanya Apabila Setiap Kali Jari Sentuh Skrin iPhone
- Kini Lebih Ramai Pengguna Samsung Mula Terima Naik Taraf Android 13 Dengan One UI 5
- Ini 5 Model Telefon Pintar Dengan Keupayaan Muat Turun/Naik Data Terpantas Di Malaysia
- Telefon Pintar Android Ini Yang Pertama Di Dunia "Menyokong" Kabel Lightning iPhone
- Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini, Didapati Mengandungi Perisian Hasad Octo
- Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan 'Flat Earth'