Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bad android

Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android

Diterbitkan November 27, 2019 · Dikemas kini November 27, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna Android diminta berhati-hati dengan perisian hasad “Ginp”.

Penyelidik keselamatan dari Threat Fabric mendedahkan penemuan perisian hasad terbaru yang sedang aktif menyerang pengguna peranti Android sejak akhir-akhir ini.

Perisian hasad itu dinamakan sebagai Ginp dan didapati menyerang serta mencuri data sulit kewangan pengguna menerusi peranti Android tanpa pengetahuan mangsa.

“...all the overlay screens (injects) for the banks include two steps; first stealing the victim’s login credentials, then their credit card details. Although multi-step overlays are not something new, their usage is generally limited to avoid raising suspicion.” Threat Fabric.

Ia didedahkan dalam laporan khas mereka bertajuk “Ginp –  A malware patchwork borrowing from Anubis.” Perisian hasad ini mula ditemui oleh pihak keselamatan Kaspersky pada lewat Oktober lalu tapi dikesan sudah mula muncul sejak Jun 2019 lagi dalam pelbagai versi ketika masih dalam peringkat pembangunannya.

New Android banking Trojan family #Ginp targeting Spain 🇪🇸 and UK 🇬🇧. Latest versions imitate Adobe Flash Player and decrypt payload from assets. Abuses Accessibility Service, sets itself as default SMS app, gets phishing injects from C&C server. (1/2) pic.twitter.com/fxCE5yeFUl

— Tatyana Shishkova (@sh1shk0va) October 23, 2019

Penyelidik Threat Fabric menerangkan, buat masa ini penyebaran Ginp hanya berlaku menerusi fail APK yang dimuat turun dari laman sesawang.

Bermakna, ia masih belum menjangkiti aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store. Oleh itu, para pengguna Android dinasihatkan supaya tidak memuat turun fail APK dari laman sesawang lain bagi memasang aplikasi ke dalam peranti mereka.

Sebaliknya hanya memasang aplikasi-aplikasi sah yang ditawarkan hanya dari Google Play Store sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY