Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perisian hasad octo

Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini, Didapati Mengandungi Perisian Hasad Octo

Diterbitkan April 15, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari ThreatFabric melaporkan penemuan perisian hasad baru yang dikenali sebagai Octo.

Perisian hasad perbankan ini bukanlah yang terbaru tetapi ia adalah evolusi daripada perisian hasad ExoCompact yang berasaskan trojan Exo.

Menurut ThreatFabric, isu utama Octo adalah keupayaannya yang mampu mengakses peranti secara kawalan jauh, dengan mengeksploitasi ciri Android MediaProjection dan Accessibility Service dalam sistem operasi peranti Android.

Octo mampu mengawal peranti dengan menetapkan kadar cerah skrin peranti kepada gelap sepenuhnya dan mengaktifkan tetapan mod “no interruption” bagi nyah aktifkan notifikasi.

Ia bertujuan bagi menyembunyikan aktiviti jahatnya dari disedari mangsa yang menyangka peranti mereka ditutup.

Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini, Didapati Mengandungi Perisian Hasad Octo
Senarai keupayaan penuh perisian hasad Octo.

ThreatFabric mendedahkan, perisian hasad ini disebarkan melalui 6 aplikasi Android di Google Play Store serta menyamar sebagai kemas kini plugin palsu berikut:

  •  Pocket Screencaster (com.moh.screen)
  •  Fast Cleaner 2021 (vizeeva.fast.cleaner)
  •  Play Store (com.restthe71)
  •  Postbank Security (com.carbuildz)
  •  Pocket Screencaster (com.cutthousandjs)
  •  BAWAG PSK Security (com.frontwonder2)
  •  Play Store app install (com.theseeye5)

Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini, Didapati Mengandungi Perisian Hasad Octo

Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini, Didapati Mengandungi Perisian Hasad Octo

ThreatFabric menasihatkan pengguna supaya sentiasa berhati-hati apabila memuat turun sesuatu aplikasi walaupun dari platfom rasmi Play Store kerana perisian hasad moden berupaya melepasi ciri keselamatan Google Play Protect.

Sumber: ThreatFabric

Baca juga:

  • Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia
  • Xiaomi 12 Ultra Mungkin Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 1 Plus
  • Xiaomi Terus Kuasai Pasaran, Untung Naik Pada Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY