Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’

Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’

Diterbitkan Mac 3, 2022 · Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh ariff bukhari

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Siri ke-4 Bayan Falak menjawab persoalan yang masih menjadi perdebatan dikalangan orang ramai iaitu isu dakwaan Bumi datar.

Pejabat Mufti menyatakan, isu dakwaan Bumi sebagai mendatar telah banyak dikupas oleh ilmuan agama dari sudut pentafsiran nas-nas al-Quran yang telah banyak di bicarakan secara ilmiah, begitu juga daripada pandangan ilmuan sains dan teknologi.

Begitu juga dari sudut ilmu falak di mana terdapat beberapa pembuktian bagi mendepani persoalan adakah Bumi itu datar atau sfera?.

Pejabat Mufti menjelaskan, salah satu bukti bahawa Bumi berbentuk sfera adalah menerusi  kejadian gerhana Bulan atau Matahari.

Sebagai contoh, kejadian Gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada pada satu satah/barisan yang sejajar.

Ketika kejadian itu berlaku, bayang-bayang bumi yang jatuh pada permukaan bulan akan berbentuk melengkung.

Lengkungan itu sudah membuktikan bahawa Bumi berbentuk sfera.

Ini kerana, sekiranya Bumi itu datar/rata, maka bayang-bayang yang terbentuk di atas permukaan Bulan itu pula semestinya dilihat seperti satu garisan yang lurus dan tanpa lengkungan.

Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah perubahan waktu solat tahunan juga boleh membuktikan bahawa Bumi itu berbentuk sfera berdasarkan kepada pergerakan Matahari yang mengelilingi Bumi dan juga bentuk Bumi itu sendiri.

Pejabat Mufti Jawab Dakwaan Bumi Datar Oleh Golongan ‘Flat Earth’
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pejabat Mufti juga menegaskan bahawa, sungguhpun ayat al-Quran tidak menyatakan dengan jelas bentuk muka Bumi yang sebenar, namun melalui kajian dan perkembangan dalam bidang sains khususnya ilmu falak dan astronomi telah membuktikan betapa al-Quran sebenarnya sudah memberi petunjuk kepada setiap cabang ilmu yang diterokai berpandukan kepada iman dan takwa.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga:

  • Suhu Di Seluruh Dunia Akan Meningkat Dan Bumi Alami Masa Siang Dan Malam Sama Panjang Pada Mac Dan September Nanti
  • Ais Greenland Kehilangan Banyak Air Dalam 20 Tahun, Cukup Tenggelamkan AS
  • Saintis Beri Amaran, Lautan Dunia Semakin Panas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY