Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android malware

Peranti Android Terdahulu Tidak Lagi Boleh Menggunakan Aplikasi Dan Servis Google

Diterbitkan Ogos 1, 2021 ยท Dikemas kini Ogos 1, 2021 oleh ariff bukhari

Google kini dilaporkan mula menghantar e-mel peringatan kepada para pengguna peranti Android terdahulu sebagai notifikasi bagi memaklumkan bahawa peranti Android terdahulu yang masih digunakan mereka akan tidak lagi boleh menjalankan aplikasi dan servis Google.

Google menyatakan, peranti Android yang menggunakan sistem oeprasi Android dari versi 2.3.7 (Gingerbread) dan terdahulu akan dihalang daripada mengakses akaun Google bermula 27 September 2021.

Peranti Android Terdahulu Tidak Lagi Boleh Menggunakan Aplikasi Dan Servis Google
Android Gingerbread 2.3 dilancarkan pada bulan september 2010 dahulu.

Sehubungan itu, Google menasihatkan kepada pengguna peranti Android yang boleh menaik taraf kepada versi Android 3.0 dan terbaru segera melakukannya supaya mereka kekal dapat mengakses aplikasi dan servis Google.

“As part of our ongoing efforts to keep our users safe, Google will no longer allow sign-in on Android devices that run Android 2.3.7 or lower starting September 27, 2021. If you sign into your device after September 27, you may get username or password errors when you try to use Google products and services like Gmail, YouTube, and Maps.” Google.

Jadi kini mungkin sudah tiba masanya untuk anda memiliki peranti Android terbaru yang lebih selamat dan berprestasi.

Terdapat pelbagai pilihan peranti Android dari berbagai jenama yang boleh dimiliki pada harga berpatutan.

Sumber: Google

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY