Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2022-04-01 at 11.35.06 PM

Telefon Pintar Android Ini Yang Pertama Di Dunia “Menyokong” Kabel Lightning iPhone

Diterbitkan April 1, 2022 oleh ariff bukhari

Seperti semua tahu, kabel Lightning hanya berfungsi khusus untuk barisan model Apple iPhone sahaja.

Setakat ini tiada sebarang model telefon pintar Android yang menyokong kabel Lightning dari Apple.

Tetapi sehinggalah seorang YouTuber bernama Ken Pillonel baru-baru ini memaklumkan bahawa beliau telah berjaya memodifikasi telefon pintar Android untuk menyokong sepenuhnya kabel Lightning tersebut.

Menyokong penuh bermakna telefon Android itu boleh dicas dan memindahkan data dengan menggunakan kabel iPhone itu.

Model telefon pintar Android yang digunakan beliau bagi projek ini pula adalah Samsung Galaxy A51.

Ken Pillonel yang merupakan seorang jurutera bukan lah asing dalam bidang modifikasi telefon pintar.

Jika anda masih ingat, pada tahun lalu beliau telah berjaya “mencipta” iPhone pertama di dunia yang dilengkapi dengan sambungan USB-C.

iPhone itu telah berjaya dibida pada harga lebih daripada RM300,000 di laman eBay. Walaubagaimanapun beliau kecewa kerana bidaan itu hanyalah palsu semata-mata.

Jadi berkemungkinan besar, projek modifikasi telefon pintar terbaru ini beliau akan menyimpannya untuk diri sendiri sahaja.

Sumber: Engadget

Baca juga:

  • Jurutera Ini Berjaya Jadikan iPhone Guna USB-C
  • iPhone Kalis Air Pertama Di Dunia Dengan Sambungan USB-C Gagal Dapat Sambutan Di Lelongan
  • iPhone USB-C Akhirnya Terjual Dengan Harga Lebih ~RM300000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY