Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Orion 3000_PR Banner(Non Promo)_1280x672_HighRes

Desktop ‘Gaming’ Acer Predator Dan Nitro Kini Dikuasakan Cip Intel Gen-13

Diterbitkan April 15, 2023 · Dikemas kini April 16, 2023 oleh Amsyar Latif

Seiring dengan pengenalan komputer riba siri Predator Helios, Acer tidak melupakan desktop gaming mereka, iaitu Predator Orion 3000 dan juga Nitro 50.

Tidak banyak perubahan spesifikasi tetapi kedua-dua desktop tersebut dikemas kini dengan cip Intel Core i5-13400F dan Intel Core i7-13700F. Ia kemudian dipadankan dengan kad grafik sehingga RTX 3070. Sementara siri Nitro 50 hanya hadir dengan GPU GTX1650 4GB.

Acer Nitro 50_03
Nitro 50
Predator Orion 3000_13
Predator Orion 3000

Memori ditawarkan adalah 16GB RAM dan disokong slot tambahan sebanyak 4x dan hanya 2x RAM tambahan bagi Nitro 50. Manakala storan dalaman sebesar 1TB m.2 PCIe SSD dan 512GB M.2 2280 PCIe Gen4 SSD (Nitro 50).

Dari segi sambungan, ia dilengkapi 2x bicu audio, 1x USB-A 3.2 Gen2, 1x USB-C 3.2 untuk I/O bahagian hadapan. I/O bahagian belakang pula adalah 1x LAN, 3x bicu audio, 4x USB-A 2.o dan 2x USB-A 3.2 Gen 1.

Masing-masing diberikan jaminan selama 3 tahun daripada Acer Malaysia dan harga adalah bermula RM5,999 untuk Predator Orion 3000 dan RM3,799 harga permulaan bagi Nitro 50.

Seperti yang lain, desktop ini bakal tersedia di pasaran pada Mei kelak.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain
  • 2 Permainan Multiplayer Popular Berharga RM103.99 Ini Sedang Percuma Sekarang
  • Siri Predator Helios Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM8999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY