Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
demon slayer

Demon Slayer Infinity Castle Jadi Anime Paling Laris Di Malaysia, Atasi Titanic Di Jepun

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle – Akaza Sairai kini mencipta sejarah di Jepun dan rantau Asia Tenggara. Dalam tempoh 38 hari tayangan, ia menjual lebih 19.8 juta tiket dengan kutipan ¥28 bilion (sekitar RM1.2 bilion), sekali gus mengatasi Titanic dan berada di tangga ketiga filem terlaris sepanjang masa di Jepun, hanya di belakang Spirited Away dan Mugen Train.

Kejayaan ini turut memperkukuh rekod baharu sebagai filem terpantas mencecah 10 bilion yen di Jepun, hanya dalam masa lapan hari. Lebih menarik, fenomena Demon Slayer bukan sekadar di Jepun, tetapi juga melanda pawagam serantau.

Di Malaysia, ia kini dinobatkan sebagai anime dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, mengumpul lebih US$5 juta (sekitar RM23 juta).

Di Filipina, filem ini mengutip US$4.2 juta pada minggu pembukaan, sementara di Thailand ia mencatat US$6 juta, menjadi filem animasi paling laris sepanjang masa.

Hong Kong dan Indonesia turut menyaksikan rekod baharu, manakala di Korea Selatan, ia menjual 1.6 juta tiket pada minggu pertama dengan kutipan US$12.6 juta.

Secara global, jumlah kutipan antarabangsa filem ini kini mencecah US$34.7 juta, menandakan dominasi berterusan anime Jepun dalam industri hiburan dunia.

Berkaitan

  • Pendapatan Sony Melonjak - PS5, Sensor Kamera, Anime Penyumbang Utama
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Anime Sekiro Mungkin Sedang Dibangunkan, Ini Petunjuk Awalnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY