Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anime Sekiro Mungkin Sedang Dibangunkan, Ini Petunjuk Awalnya

Anime Sekiro Mungkin Sedang Dibangunkan, Ini Petunjuk Awalnya

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Sekiro: Shadows Die Twice, salah satu game aksi paling mencabar dari FromSoftware yang dilancarkan pada 2019, kini berpotensi untuk kembali mencuri perhatian. Meskipun popularitinya sedikit tenggelam berbanding kejayaan besar Elden Ring dan permintaan tinggi terhadap remaster Bloodborne, perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Sekiro mungkin akan menerima adaptasi anime.

Baru-baru ini, domain web “sekiro-anime.jp” telah didaftarkan pada 31 Julai oleh Kadokawa, syarikat yang memiliki 70% saham dalam FromSoftware.

Walaupun laman web tersebut masih belum aktif (sekadar memaparkan mesej 404), pendaftaran domain ini memberi isyarat bahawa sesuatu sedang dibangunkan yang mana kemungkinan besar adaptasi anime Sekiro.

Screenshot 2025-08-07 at 5.12.02 PM

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada FromSoftware atau Kadokawa. Namun, khabar angin menyebut bahawa studio Qzil.la bakal mengendalikan projek ini. Studio ini sebelum ini terlibat dalam beberapa projek anime termasuk Chainsaw Man (ending ke-11) dan Hell’s Paradise (pembukaan musim pertama).

Jika benar, ia mungkin akan menarik minat pemain sedia ada dan mungkin peminat baharu. Kita boleh lihat, beberapa game yang diadaptasi ke animasi (Arcane, Dota: Dragon’s Blood), anime (Cyberpunk: Edgerunner), mahupun aksi nyata (Last of US, Fallout dan lain-lain) sudah berjaya. Jadi, ini satu langkah yang baik.

Berkaitan

  • Rasmi, Siri Anime Ghost of Tsushima: Legends Akan Tiba Pada 2027
  • Garena dan KADOKAWA Dedah Treler Awal Anime Free Fire
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Sumber: Gamerant

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY