Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell Pro 14 Essential (PC14250).

Dell Pro 14 Essential, Laptop Perniagaan Berharga Dari RM95/bulan

Diterbitkan April 17, 2026 · Dikemas kini April 21, 2026 oleh ariff bukhari

Bagi anda yang mahukan komputer riba perniagaan baharu untuk keperluan syarikat, SNS Network kini menawarkan Dell Pro 14 Essential (PC14250) melalui program SNS OnePlan™, sebuah model Device-as-a-Service (DaaS) yang membolehkan syarikat melengkapkan tenaga kerja tanpa bebanan kos modal awal.

Dengan bayaran bulanan tetap serendah RM95, organisasi dapat merancang bajet dengan lebih jelas sambil menikmati teknologi premium.

Dell Pro 14 Essential (PC14250).

Laptop ini direka sebagai “workhorse” korporat dengan ketahanan gred komersial, lulus ujian MIL-STD 810H, serta inovasi modular USB-C yang memudahkan penyelenggaraan.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi SafeBIOS, penyulitan BitLocker dan TPM 2.0, serta penutup kamera manual untuk privasi fizikal yang penting untuk keselamatan data.

Malah, SNS turut menawarkan sokongan 3 tahun ProSupport & Onsite Services memastikan isu peranti diminimumkan.

Dell Pro 14 Essential, Laptop Perniagaan Berharga Dari RM95/bulan
Dell Pro 14 Essential (PC14250).

Promosi eksklusif ini sah sehingga 30 April 2026, dengan pilihan pakej peranti sahaja (RM95 sebulan) atau pakej lengkap bersama Microsoft 365 Business Standard (RM113 sebulan).

Ketahui lebih lanjut tentang penawaran Dell Pro 14 Essential (PC14250) ini di Dell-Pro-14-Essential_SNS-OnePlan_Enquiry, atau layari laman rasmi SNS OnePlan™️ Device Leasing Solution.

Berkaitan

  • SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • SNS OnePlan™ Tawar Langganan 'Laptop AI' HP ProBook 4 G1a Bermula RM120 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY