Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell Mobile Connect

Dell Mobile Connect Kini Menambah Sokongan Pemindahan Data Dan Screen Mirror Pada Peranti iOS

Diterbitkan Mac 26, 2020 ยท Dikemas kini Mac 26, 2020 oleh Amalina Athman

Jika anda merupakan pengguna iPhone dan mempunyai komputer Dell, anda kini dengan mudah boleh menggunakan fungsi screen mirror peranti iOS pada komputer dan mengawalnya dengan aplikasi Dell Mobile Connect tanpa memerlukan sebarang sambungan kabel.

Dell Mobile Connect – Mirroring, iOS only

Melalui kemaskini yang telah dilepaskan sejak semalam, anda boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus untuk mengawal peranti iOS, termasuk meleret dan melepaskan fail gambar dan video untuk melakukan pemindahan data di antara dua peranti ini. Lebih menarik, anda juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas secara terus melalui Mobile Connect.

Dell Mobile Connect – File Transfer, iOS only

Ciri ini pertama kali diumumkan di CES 2020, dimana ia hadir dengan sokongan pada peranti iOS. Pada asalnya, ciri ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sejak pertama kali dilancarkan pada Januari 2018. Bagaimanapun, sokongan bagi pemindahan data pada iPhone adalah terhad di mana ia hanya boleh dilakukan pada gambar dan video berbanding Android yang menyokong pemindahan fail muzik dan dokumen.

Bagi pengguna Android, fungsi baru turut hadir pada versi baru dimana pengguna kini boleh menggunakan aplikasi Mobile Connect untuk menghantar fail MMS.

Dell Mobile Conect – Notifications

Untuk menggunakan aplikasi Dell Mobile Connect, iPhone anda perlu menjalankan iOS 11 dan ke atas. Aplikasi ini menyokong komputer Dell XPS, Inspiron, Vostro, Alienware dan PC G Series dengan pembelian selepas Januari 2018. Menurut Dell, walaupun ramai pengguna sudah mempunyai akses kepada ciri-ciri baru tersebut, kemas kini akan tersedia untuk semua komputer yang menyokong selewatnya 27 Mac ini.

Dalam pada itu, selain Dell, terdapat beberapa syarikat lain yang turut menghasilkan aplikasi seperti ini termasuk Microsoft Your Phone. Namun ia mempunyai sokongan yang terhad kepada peranti iOS kerana tiada sokongan fungsi screen mirror. Bagi Huawei Share OneHop dan Honor Magic Link 2.0 pula, ia hanya terhad bagi telefon pintar keluarannya sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY