Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Foodpanda_

Delivery Hero Dilapor Mahu Jual Operasi foodpanda, Grab Mungkin Ambil Alih

Diterbitkan September 21, 2023 · Dikemas kini September 21, 2023 oleh Amalina Athman

Pemilik foodpanda, Delivery Hero telah mengesahkan perbincangan mengenai penjualan sebahagian perniagaan di Asia, dengan menyatakan nilai perjanjian masih dalam rundingan.

Berkaitan

  • Perkhidmatan airasia ride Kini Di Aplikasi foodpanda
  • Kenali Apa Itu bekal by foodpanda Dan Bezanya Dengan foodpanda Biasa

Syarikat yang berpangkalan di Berlin itu dilaporkan merancang untuk menjual operasinya di bawah jenama foodpanda di Singapura, Malaysia, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina dan Thailand.

Dalam kenyataannya, foodpanda mengesahkan Delivery Hero telah berunding dengan beberapa pihak berhubung potensi jualan perniagaan foodpanda di pasaran Asia Tenggara terpilih. Namun, perbincangan tersebut masih dalam peringkat awal.

Berita mengenai penjualan itu mula dilaporkan oleh majalah perniagaan Jerman, yang mengatakan Grab mungkin akan membayar lebih 1 bilion euro (~RM4.99 bilion) untuk membeli unit tersebut.

Sementara itu, pihak Grab ketika ini belum memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Sumber: CNA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY