Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apa itu bekal by foodpanda - 1

Kenali Apa Itu bekal by foodpanda Dan Bezanya Dengan foodpanda Biasa

Diterbitkan Julai 21, 2023 · Dikemas kini Julai 21, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Semua orang tahu foodpanda ialah salah satu perkhidmatan penghantaran makanan terkemuka di Malaysia selain Grabfood. Namun, tahukah anda mereka juga ada sediakan servis yang bernama bekal by foodpanda?

apa itu bekal by foodpanda – 2

1. Apakah bekal by foodpanda?

bekal by foodpanda adalah satu-satunya platform penghantaran Malaysia yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Dari penyediaan makanan di kedai sehinggalah ke penghantaran oleh rider, setiap langkah mematuhi syarat pensijilan halal JAKIM.

apa itu bekal by foodpanda – 4

2. Apa maksudnya?

Ia satu-satunya food delivery yang diiktiraf halal di Malaysia. Bukan saja makanan dihantar, tapi juga aspek lain yang melibatkan proses sebelum ia tiba ke tangan pengguna.

bekal by foodpanda hanya hantar makanan daripada kedai yang mempunyai pengesahan oleh JAKIM serta setiap langkah termasuk penghantarannya juga mematuhi syarat JAKIM.

Misalnya, beg mereka juga hanya digunakan untuk produk yang disahkan halal sahaja.

apa itu bekal by foodpanda – 5

3. Jadi, rider bekal by foodpanda tidak menghantar makanan tidak halal langsung?

Ya, penghantar makanan bekal by foodpanda hanya menghantar makanan dari restoran yang disahkan halal oleh JAKIM. Itulah yang membezakan bekal dengan servis foodpanda biasa.

4. Bagaimanakah cara saya membezakan rider bekal by foodpanda dengan rider foodpanda biasa?

Penghantar makanan bekal by foodpanda memakai baju seragam dan beg yang berwarna kuning dan merah jambu bersama logo bekal by foodpanda, berbeza dengan penghantar foodpanda biasa yang berwarna merah jambu.

apa itu bekal by foodpanda – 15. Adakah rider bekal by foodpanda mendapat sebarang latihan khas?

Ya, penghantar makanan bekal by foodpanda diberikan latihan Asas Kesedaran dan Pematuhan Halal, Sertu dan juga Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Makanan.

6. Berapa banyak restoran yang akan dihantar oleh bekal by foodpanda? Adakah ia tersedia di kawasan saya?

Buat masa ini, ia terhad di Putrajaya dan beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Shah Alam, Subang Jaya dan melibatkan lebih daripada 80 restoran.

Mereka menyasarkan untuk hantar lebih daripada 2,500 restoran di Lembah Klang dan sekurang-kurangnya 6,000 restoran di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2023.

apa itu bekal by foodpanda – 5

7. Macam mana nak tahu kawasan saya termasuk atau tidak?

Anda boleh semak di SINI dan masukkan alamat/kawasan anda mahu.

8. Macam mana saya nak ‘order’ bekal by foodpanda?

Ia tersedia dalam aplikasi dan laman web foodpanda juga, jadi anda tak perlu muat turun aplikasi baru.

Dalam foodpanda, tatal ke bawah dan cari petak khas bekal by foodpanda yang terpapar di halaman utama.

Ia mungkin berada di bawah “Your daily deals” dan anda perlu tatal ke kanan sehingga jumpa.

cara order bekal by foodpanda

9. Saya pekedai dan turut jual makanan melalui foodpanda. Bolehkah saya bekal by foodpanda hantar makanan saya? Macam mana untuk sertai?

Penghantaran bekal by foodpanda hanya dibuka kepada rakan kongsi yang disahkan halal oleh JAKIM sahaja untuk memastikan integriti dan kesucian halal yang menyeluruh.

Berkaitan

  • Bekal by Foodpanda Diperkenalkan, Penghantaran Makanan Dengan Sijil Halal
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700
  • Ramai Tak Sedar, Ini Cara Sebenar Beli Barang Elektronik Dengan Diskaun Hingga 80% Di Shopee Electronic Zone

Maklumat lanjut boleh didapati di portal vendor dan laman web foodpanda.

Sumber: foodpanda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY