Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
foodpanda Rider 2-min

Delivery Hero Batalkan Rundingan Untuk Jualan foodpanda

Diterbitkan Februari 22, 2024 · Dikemas kini Februari 22, 2024 oleh Amalina Athman

September tahun lalu, Delivery Hero dilaporkan telah berunding mengenai penjualan operasi foodpanda.

Kini, syarikat itu mengumumkan bahawa pihaknya telah menamatkan perbincangan mengenai potensi penjualan operasi foodpanda di pasaran Asia Tenggara – meliputi Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu bekal by foodpanda Dan Bezanya Dengan foodpanda Biasa
  • Delivery Hero Dilapor Mahu Jual Operasi foodpanda, Grab Mungkin Ambil Alih

Pada mulanya, Delivery Hero menyasarkan ia akan mencapai persetujuan dengan bakal pembeli mengenai syarat asas berkenaan penjualan operasi. Bagaimanapun, ia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada rundingan itu selepas pertimbangan yang teliti.

The strength of our APAC business has become evident during the last quarters as the region reached an inflection point in 2023. We believe the region remains strongly positioned to drive profitable growth at scale. The decision to terminate negotiations after months of discussions was taken after careful consideration.

Dalam pada itu, Delivery Hero turut memaklumkan kekal terbuka untuk gabungan dan pengambilalihan (M&A), serta akan terus menilai alternatif strategik yang berpotensi. Namun begitu, ia hanya akan meneruskan rundingan yang boleh mencapai nilai penutupan yang tinggi.

Lanjutan itu, foodpanda kekal beroperasi seperti biasa.

Sumber: Delivery Hero

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY