Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
75% Nombor Telefon Pengguna Malaysia Telah Dibocorkan – Gogolook

Data Telefon Bimbit Diproses Secara Anonim, Telco Jamin Privasi Pengguna

Diterbitkan Jun 9, 2025 ยท Dikemas kini Jun 9, 2025 oleh Amalina Athman

Susulan kenyataan media oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini berhubung penggunaan Data Telefon Bimbit (MPD), lima syarikat telekomunikasi (telco) tampil memberikan penjelasan rasmi.

Menurut CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM dan Yes 5G, semua MPD yang dikemukakan kepada MCMC adalah dalam bentuk anonim (tanpa nama), telah diagregatkan sebelum diproses dan tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.

Proses itu juga dilakukan dalam persekitaran yang selamat, serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Kelima-lima telco turut menegaskan komitmen mereka dalam melindungi privasi pengguna.

Untuk statistik, bukan jejak individu

Dalam kenyataan kepada BERNAMA, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa permintaan MPD oleh MCMC bertujuan untuk menyokong pembentukan dasar berasaskan bukti, termasuk bagi penambahbaikan infrastruktur rangkaian.

Beliau turut menegaskan bahawa data yang diminta tidak mengandungi identiti dan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.

Tujuannya adalah untuk pengumpulan data bagi statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi, tapi lebih merujuk kepada trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat kita kumpulkan mengenai mutu, tahap penglibatan, jumlah pengguna yang ada pada satu-satu mukim, satu-satu daerah.

Tambah beliau, keputusan untuk menggunakan MPD ini merupakan hasil persetujuan bersama antara telco dan MCMC, serta turut melibatkan penglibatan agensi lain seperti DOSM menerusi beberapa siri bengkel sejak tahun 2023.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • MCMC Akan Kaji Beza Liputan 4G Antara Telco - Fahmi
  • CelcomDigi Perkenal Prepaid 5G NX & UV - Pas Bulanan Serendah RM25
  • MCMC Kumpul Data Telefon? Ini Jawapan Sebenar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY