Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dashcam Ini Didapati Siar Lokasi Dan Rakaman Video Secara Langsung Kepada Umum

Dashcam Ini Didapati Siar Lokasi Dan Rakaman Video Secara Langsung Kepada Umum

Diterbitkan Jun 23, 2026 oleh ariff bukhari

Isu keselamatan siber melibatkan kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) menjadi perhatian apabila dashcam jenama BlackVue dari Australia didapati menyiarkan lokasi dan rakaman video pengguna secara langsung kepada umum melalui aplikasi rasminya.

Fungsi ini membolehkan sesiapa sahaja melihat lokasi keberadaan kenderaan, lengkap dengan kelajuan, lokasi jalan, malah audio perbualan dalam kereta.

Walaupun BlackVue menekankan bahawa ciri ini adalah pilihan (opt-in) sejak 2018, ramai pengguna terkejut apabila mendapati rakaman mereka boleh diakses secara terbuka.

Aplikasi tersebut memaparkan ikon berwarna merah bagi kenderaan yang menyiarkan video secara langsung, manakala ikon lain menunjukkan lokasi sahaja.

Akaun percumanya membenarkan tontonan selama 10 minit sehari, manakala langganan berbayar membuka akses tanpa had.

Kritikan timbul kerana ciri ini berpotensi disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk pemangsa yang boleh menjejak pergerakan mangsa secara masa nyata.

BlackVue sebelum ini memberi jaminan bahawa rakaman adalah “private by default” apabila disambungkan ke awan.

Namun, pilihan perkongsian masih tersedia dalam tetapan aplikasi.

Ekoran itu, jika anda pengguna dashcam jenama ini, pakar keselamatan menasihatkan pengguna menyemak bahagian “Camera Settings → Privacy” dan menutup fungsi “Share Location” bagi mengelakkan pendedahan tidak diingini.

Isu ini sekali gus menjadi peringatan penting kepada kita bahawa teknologi pintar perlu diimbangi dengan kesedaran privasi.

Berkaitan

  • 5 'Dashcam' Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda
  • JSPT Cadang Wajibkan 'Dashcam' Untuk Pengguna Jalan Raya
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY