Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (185)

Dapatkan Diskaun 15% KLIA Ekspres Dan KLIA Transit Dengan TNG eWallet

Diterbitkan Januari 23, 2020 oleh Amalina Athman

Bermula 1 Januari sehingga 30 Jun 2020, anda akan menerima diskaun 15% apabila membeli tiket di mana-mana kaunter tiket ERL melalui pembayaran Touch ‘n Go eWallet sahaja.

Diskaun 15% KLIA Ekspres Dan KLIA Transit

Diskaun 15% adalah sah untuk jumlah keseluruhan dalam satu transaksi tunggal bagi pembelian jenis tiket standard KLIA Ekspres, KLIA Transit sehala atau pergi balik bagi dewasa dan kanak-kanak. Ia juga melibatkanĀ Tambang Konsesi KLIA Transit bagiĀ  Warganegara Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas, pemegang kad OKU yang dikeluarkan oleh JKMM dan pelajar yang memiki KADS1M.

Kedua-dua tiket ini sah selama satu bulan dari tarikh pembelian dan perlu digunakan dalam tempoh tersebut.

Screenshot (186)

Selain itu, jumlah diskaun yang ditawarkan sepanjang promosi ini hanya terhad kepada jumlah diskaun pertama bernilai RM1 juta di semua kaunter atau sehingga 30 Jun 2020, yang mana lebih awal. Melalui diskaun ini juga, anda boleh menggunakan tiket tersebut pada bila-bila masa dalam waktu operasi kaunter tiket ERL.

Anda juga tidak dibenarkan untuk menggunakan sektor perjalanan bertentangan bagi tiket KLIA Transit sebagaimana yang dikodkan dalam tiket tersebut. Manakala, bagi tiket sehala KLIA Ekspres, anda dibenarkan untuk tukar ganti antara sektor seperti KL Sentral-KLIA atau KLIA2 dan sebaliknya.

Sumber: TNG eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY