Daging Berasaskan Tumbuhan, KFC AS Bakal Lancar Menu Baharu Pada Minggu Hadapan

Pada 10 Januari 2022, restoran makanan segera popular Kentucky Fried Chicken (KFC) bakal melancarkan satu menu khas berasaskan tumbuhan di seluruh cawangan KFC Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas menu baharu, Ethan Brown, menu KFC ini mampu memberi satu pengalaman unik kepada pelanggan kerana jaminan kelazatan menu daging berasaskan tumbuhan untuk setiap pembelian.

Menu yang diberi nama KFC Beyond Fried Chicken tersebut telah mengambil masa selama 2 tahun bagi tempoh percubaan sebelum diumumkan pelancarannya. Dua tempoh percubaan pada bulan Ogos 2019 dan Februari 2020 telah menunjukkan maklum balas positif daripada pelanggan apabila menu tersebut laris dijual dalam masa kurang daripada lima jam.

Kapsyen: Kredit Gambar : Reuters


Di samping itu, pihak KFC juga turut menjelaskan bahawa penjualan menu KFC Beyond Fried Chicken ini bergantung kepada stok yang masih ada di cawangan-cawangan KFC seluruh Amerika Syarikat.

Menu KFC Beyond Fried Chicken yang berasaskan tumbuhan ini dihidangkan secara kombo dengan kentang goreng KFC dan satu minuman saiz sederhana. Anda juga boleh membeli menu baharu ini secara a la carte untuk enam atau 12 keping. Satu sos pencecah KFC pilihan seperti Honey BBQ, Ranch, Honey Mustard dan Sos Life juga akan turut diberikan bagi setiap pembelian KFC Beyond Fried Chicken.

Diimbas kembali, pada 9 Februari tahun lalu, KFC Malaysia juga pernah melancarkan burger berasaskan tumbuhan bernama Burger Ayam Zero KFC dengan kerjasama jenama pengganti daging Quorn di seluruh Malaysia. Daging berasaskan tumbuhan dalam burger tersebut dihasilkan dengan bahan yang halal, tinggi protein, tinggi serat, rendah lemak tepu dan tidak mengandungi sebarang kolestrol.

Sumber : USA Today

Baca juga :

Berkaitan