Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xian nintendo china-min

‘Trade-in’ Nintendo Switch Untuk Mi Dan Roti, Penduduk Marah Kerajaan China Kerana Dikurung Tanpa Bekalan Makanan

Diterbitkan Januari 5, 2022 · Dikemas kini Januari 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Penduduk di daerah Xi’an, China telah diarahkan untuk berkurung sejak 23 Disember 2021. Tiada sebarang aktiviti ekonomi mahupun sosial diadakan kerana 13 juta penduduk di sana hanya dibenarkan untuk keluar atas urusan ujian COVID-19 semata-mata.

Dengan rekod mencecah 1,600 kes positif sejak 6 Disember, kerajaan telah mengarahkan mereka untuk berkurung di rumah disebabkan polisi sifar COVID-19 dan juga dipercayai kerana Sukan Olimpik kelak yang akan diadakan di Beijing, 2 jam dari Xi’an.

Walaupun media tempatan melaporkan bahawa kerajaan sedang gigih mengagihkan bekalan makanan untuk mereka namun kebanyakan penduduk meledakkan perasaan tidak puas hati mereka di platform seperti Weibo dengan tanda pagar  #西安买菜难#, yang bermaksud “Susah beli barang runcit di Xi’an”.

Weibo dan WeChat antara yang menjadi perantara untuk mereka saling meminta bantuan dan menarik perhatian dunia tentang layanan kerajaan terhadap mereka.

Sebuah video memamaparkan seorang lelaki “menggadaikan” Nintendo Switch untuk sepaket mi segera dan dua ketul roti kukus. Seorang penduduk mendedahkan pada Radio Free Asia bahawa ada antara mereka yang sanggup memberikan telefon dan tabletnya demi mendapatkan beras.

Antara lain juga membuat sistem barter meminta rokok untuk sayur, pencuci pinggan untuk buah epal dan tuala wanita untuk sayur-sayuran.

Seorang pengguna WeChat bertanya pada jiran-jirannya, “Ada sesiapa perlukan khidmat tutor matematik? Saya boleh berikan sesi tutor selama sejam untuk 3 biji kentang“.

Sebahagian daripada mereka yang percaya dengan agensi penguat kuasa juga telah hilang harapan dan meluahkan rasa menyesal kerana tidak melakukan pembelian panik ketika arahan kurungan dikeluarkan.

Sistem barter ini dijalankan dalam bangunan yang sama kerana mereka tidak dibenarkan keluar rumah walaupun untuk membeli barang keperluan. Seramai lebih 29,000 anggota polis dikerah untuk mengawal daerah ini.

Seorang penduduk juga mendakwa keluarga pegawai kerajaan yang terjejas mendapat bekalan makanan yang mewah. Hal ini dilihat tidak ubah seperti yang berlaku pada rakyat Malaysia ketika banjir besar baru-baru ini yang menyaksikan rakyat Malaysia membantu sesama mereka melalui media sosial.

Sumber: BBC, SupChina

Baca juga:

  • Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta
  • Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid
  • Tak Pernah Dibuat Orang, Jepun Bina Satelit Kayu Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY