Kini Dah Boleh Order Kopi Starbucks Sebelum Sampai Kedai

Ada masanya kita pergi ke Starbucks tetapi letih nak menunggu barisan beratur untuk memesan kopi. Dia kena datang kedai kemudian boleh terus ambil kopi yang dipesan, itu baru syok.

Itu adalah ciri terbaharu oleh Starbucks Malaysia iaitu Mobile Order & Pay. Ringkasnya, ini adalah merupakan servis ambil sendiri dengan memesan kopi sebelum datang ke kedai.



Ciri ini boleh digunakan melalui aplikasi Starbucks yang terdapat dalam Google Play Store atau Apple App Store.

Namun buat masa ini, hanya 25 kedai sahaja yang tersenarai untuk kegunaan ciri ini yang kebanyakannya hanya berada di lembah Klang.

  1. Starbucks Alam Damai

  2. Starbucks Ampang Point

  3. Starbucks Bangi Gateway

  4. Starbucks Banting Business Centre

  5. Starbucks Caltex Melawati

  6. Starbucks Caltex USJ 16

  7. Starbucks Club Nexu5

  8. Starbucks KLCC 2

  9. Starbucks Kota Damansara

  10. Starbucks KPJ Tawakkal

  11. Starbucks Lotus's Kepong DT

  12. Starbucks Menara Binjai

  13. Starbucks Metro Point Kajang

  14. Starbucks Nu Tower

  15. Starbucks Oasis Damansara

  16. Starbucks Pearl Point

  17. Starbucks PJ8

  18. Starbucks Plaza Shah Alam

  19. Starbucks Reserve Berjaya Times Square

  20. Starbucks Reserve Setia Alam DR

  21. Starbucks Rimbayu DT

  22. Starbucks Shaftsbury

  23. Starbucks SS15

  24. Starbucks Taipan

  25. Starbucks Uptown 1


Difahamkan, anda hanya boleh memesan minuman sahaja buat masa ini. Jika anda inginkan makanan lain seperti kek atau roti, anda harus memesannya melalui kaunter.

Sumber: Starbucks Malaysia

Baca juga:

 

Berkaitan