Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malaysia madani

Cyberview Sokong Aspirasi Konsep Kepimpinan ‘Malaysia Madani’ Kerajaan Ke Arah Ekonomi Hijau, Digital Dan Mampan

Diterbitkan Februari 21, 2023 · Dikemas kini Februari 21, 2023 oleh ariff bukhari

Sebagai sebahagian daripada konsep Malaysia Madani yang disematkan dalam kepimpinan, kerajaan berhasrat untuk menggalakkan pembangunan wilayah persekutuan menjadi bandar hijau dan pintar.

Pembangunan bandar pintar ini dijangka didorong oleh beberapa faktor utama, termasuklah penggunaan meluas peranti mudah alih dan internet berkelajuan tinggi serta penyepaduan teknologi termaju ke dalam pelbagai industri.

Satu cara untuk menangani cabaran awal dan terakhir di bandar pintar ialah melalui penyelesaian mobiliti mikro dan kenderaan autonomi (AV).

Dalam satu kenyataan media oleh Pemangku Pengarah Urusan Cyberview, Dr Mohd Hafiz Ibrahim, berdasarkan Allied Market Research, pasaran AV global bernilai AS$76.13 bilion pada 2020 dan diunjurkan mencecah AS$2.161.79 bilion pada 2030.

Dr Mohd Hafiz Ibrahim, Acting Managing Director of Cyberview (1)
Pemangku Pengarah Urusan Cyberview, Dr Mohd Hafiz Ibrahim.

Kenderaan ini akan meningkatkan keselamatan jalan raya, lebih menjimatkan bahan api dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Itulah sebabnya beliau menyatakan, mobiliti pintar adalah sebahagian daripada bidang tumpuan Cyberjaya, yang digariskan dalam Pelan Induk yang dilancarkan pada 2020 dahulu.

Pada masa ini, inisiatif mobiliti pintar Cyberjaya terdiri daripada mobiliti udara dan darat.

Sebagai contoh, laluan ujian Kenderaan Autonomi Malaysia (MyAV) Cyberjaya yang dibangunkan oleh Futurise dan Kementerian Pengangkutan adalah teras kepada ekosistem mobiliti pintar di dalam Cyberjaya.

Penyelesaian mobiliti pintar seperti AV, perkongsian perjalanan, mobiliti mikro dan sistem pengurusan trafik pintar bergantung pada sistem pintar, merangkumi AI dan pengkomputeran awan, sekali gus meningkatkan keperluan untuk platform ujian sebelum pelancaran yang lebih luas.

Dr Mohd Hafiz Ibrahim menyatakan, inovasi adalah sebahagian daripada DNA bandar Cyberjaya di mana mereka melihat banyak penjajaran berkenaan dengan pelan induk Cyberjaya, kemajuannya setakat ini dan cadangan ‘Malaysia Madani’ khususnya mengenai dorongan untuk penyelesaian inovatif, pemerkasaan pemain teknologi serta penggunaannya merentas masyarakat.

Beliau berkata, mereka berharap dapat menyokong perdana menteri Anwar Ibrahim dan aspirasi Malaysia Madani kerajaan untuk mewujudkan negara yang dipacu data ke arah ekonomi yang mampan, digital dan hijau.

Berkaitan

  • Malaysia Sasar Ada 10,000 Stesen Pengecasan EV Menjelang 2025
  • sooka Tayang Liga Super Malaysia, Piala FA, Sumbangsih Serendah RM4.90 Satu Perlawanan
  • Kotak Masih Berbalut Plastik, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dibida Hampir RM300,000

Sumber: Media Cyberview

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY