Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cyberview reisb (1)

Malaysia Sasar Ada 10,000 Stesen Pengecasan EV Menjelang 2025

Diterbitkan Januari 6, 2023 · Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Roda Emas Industries Sdn. Bhd. (REISB) untuk pembangunan ekosistem Smart Mobility di Cyberjaya.

Ia akan menumpukan terhadap infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan GO TO-U EV Lifestyle Hub. Acara itu dihadiri Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi di RekaScape, Cyberjaya.

cyberview reisb (2)

Penggunaan teknologi Smart Mobility kelak adalah mustahak untuk mengurangkan pelepasan karbon sistem pengangkutan lantas membantu Cyberjaya menjadi bandar yang mampan, menurut Cyberview.

Pengarah Urusan REISB, Izuan Hafiz berkata mereka menyasarkan untuk mencapai 10,000 stesen pengecas EV seluruh negara menjelang 2025 selari dengan agenda kerajaan.

Berkaitan

  • Pengecas EV Daripada Gentari, Anak Syarikat PETRONAS Kini Tersedia Di 4 Lokasi
  • Tidak Cukup Hanya Bateri, Jokowi Mahu Tesla Keluarkan Kereta Elektrik Di Indonesia
  • 1,000 Teksi Elektrik Dijangka Tersedia Mulai November Ini
  • Proton Mahu Lancarkan Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Tahun
  • CES 2023: Sony Dan Honda Perlihatkan Konsep EV Afeela
  • realme Perkenal Teknologi Pengecasan Pantas 240W

Cyberjaya kini mempunyai 17 stesen pengecas dan telah menyumbang pada pengurangan pelepasan karbon CO2 lebih 54,000kg.

Sumber: Siaran Akhbar Cyberview

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY