Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla_Business Insider

Laporan Tesla Batalkan Rancangan Kilang EV Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Diterbitkan Ogos 8, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

Keputusan Tesla Inc. yang dilapor membatalkan rancangan untuk operasi pengeluaran di Asia Tenggara mungkin adalah keputusan komersial operasi global pembuat kereta elektrik itu, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jurucakap MITI berkata tindakan itu bagaimanapun tidak mencerminkan pembaharuan industri dan penambahbaikan landskap pelaburan yang diusahakan oleh MITI serta agensinya sejak Disember 2022.

Semalam, portal berita Thailand The Nation melaporkan bahawa Tesla telah membatalkan rancangan untuk menubuhkan kilang di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Laporan itu mengatakan perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada stesen pengecasan, dengan rancangan membangunkan kilang bukan sahaja digantung di Thailand tetapi di peringkat global.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana-mana kecuali di China, Amerika Syarikat dan Jerman,” lapor portal berita itu.

Dalam pada itu, wakil MITI menegaskan bahawa laporan tersebut bukan kenyataan rasmi daripada Tesla kerana ia berdasarkan sumber yang tidak dinamakan. Ia menambah pengesahan laporan itu perlu dikeluarkan daripada pihak Tesla sendiri.

Berkaitan

  • Pengecas Super V4 Tesla Akan Dibuka Di Pulau Pinang, Cas 15 minit Dapat 282 Km
  • Tesla Model 3 Baharu Dan SUV Model Y Kini Boleh Dimiliki Serendah RM81 Sehari Selama 5 Tahun
  • Tesla Cybertruck Tersedia Untuk Pemain Fortnite
  • Pemilik EV Selain Tesla Di AS Didapati Lebih Berpuas Hati Dengan Kenderaan Mereka - Kajian

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY