Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas

Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas

Diterbitkan Disember 10, 2025 · Dikemas kini Disember 10, 2025 oleh ariff bukhari

VITURE bersama CD Projekt Red memperkenalkan VITURE Luma Cyber XR Glasses, edisi khas sempena ulang tahun ke-5 Cyberpunk 2077.

Ia merupakan kerjasama XR pertama dalam alam semesta Cyberpunk dengan hanya sebanyak  10,000 unit sahaja dihasilkan.

Berdasarkan model Luma Pro dengan teknologi visual Luma Ultra, ia menggunakan panel SONY MicroOLED dan optik khas VITURE, menghasilkan paparan maya 152 inci, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan sehingga 1,500 nits.

Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas
VITURE Luma Cyber XR Glasses, serasi dengan Steam Deck, MSI Claw, ASUS ROG Ally, Legion Go dan lain-lain, ia juga menyokong Switch 2 melalui VITURE Pro Mobile Dock untuk pengalaman penuh tanpa TV. 
Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas

Cermin mata XR ini menampilkan reka bentuk neon kuning dan hitam dengan logo ikonik KIROSHI, menjadikannya koleksi eksklusif bernombor siri 0000–9999.

Dari segi teknikal, ia menawarkan paparan setara skrin 152 inci pada jarak 4 meter, resolusi 1920×1200, kecerahan maksimum 1500 nits dan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Sambungan mudah melalui USB-C menyokong telefon pintar, PC, Steam Deck, serta adaptor untuk Switch 2 dan konsol HDMI.

Ia juga dilengkapi kamera RGB dan sensor inersia membolehkan penjejakan 3DoF, dengan kemas kini masa depan untuk 6DoF melalui aplikasi SpaceWalker.

Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas
Ciri tambahan termasu, filem elektronik untuk kawalan cahaya serta pembesar suara terbina jenama HARMAN.
Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas
Cyberpunk 2077 Dan VITURE Berkolaborasi Hasilkan Cermin Mata XR Edisi Khas

VITURE Luma Cyber XR Glasses edisi khas ini dijual pada harga AS$549 (~RM1,500) yang boleh dibeli dari laman rasmi  VITURE: Next Gen XR/AR Glasses.

Berkaitan

  • Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi - Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Infrastruktur Internet China Lebih Maju, Pembayaran Kini Sokong Cermin Mata Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY