Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cyberjaya Bakal Laksana e-Dompet TaPay, Mahu Jadi Bandar Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia

Cyberjaya Bakal Laksana e-Dompet TaPay, Mahu Jadi Bandar Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Disember 9, 2017 · Dikemas kini Disember 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Satu lagi platform e-Dompet bakal diperkenalkan dalam negara dan ianya akan dimulakan di Cyberjaya.

Sistem pembayaran tanpa tunai yang dipanggil TaPay (Take Action Pay) itu telah dibangunkan oleh sebuah syarikat pembangun tempatan, Fullrich Malaysia Sdn Bhd dan turut mendapat kerjasama dari pihak Cyberview dan Kumpulan Affin Bank.

Ia akan dimulakan sebagai projek perintis dan melibatkan beberapa restoran dan peruncit terpilih di kawasan Cyberjaya terlebih dahulu. Sekiranya berjaya, TaPay juga dirancang untuk diperluaskan lagi pelaksanaanya ke sekitar Lembah Klang, sebelum keserata Malaysia dan juga negara ASEAN yang lain.

Majlis memeterai perjanjian telah berlangsung pada 8 Disember diantara syarikat pembanguna dan beberapa rakang kongsi yang lain.

Dengan pengenalan TaPay, rakyat Malaysia bakal mempunyai beberapa pilihan untuk menggunakan transaksi pembayaran tanpa tunai seperti contoh Alipay yang akan dilaksana tahun hadapan.

Sumber: Berita Harian 

Kredit foto: Rohanis Shukri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
©2026 WISER.MY