Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cungkil Bakat Pelajar Dalam Bidang Teknologi Digital – Gobind

Cungkil Bakat Pelajar Dalam Bidang Teknologi Digital – Gobind

Diterbitkan September 30, 2018 · Dikemas kini September 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Golongan pendidik dan ibu bapa perlu memainkan peranan bagi mengenal pasti hasil kerja kreatif dan inovatif oleh kanak-kanak dalam dunia teknologi digital yang semakin berkembang pesat dan relevan pada masa kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata guru dan ibu bapa perlu mencungkil bakat pelajar yang terpendam dalam pengunaan teknologi digital supaya hasil usaha mereka diiktiraf dalam era transformasi digital.

Beliau berkata kemahiran digital diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi maklumat atau komputer malah untuk semua bidang jurusan dalam mendepani era pembaharuan digital.

Justeru, katanya, kerajaan menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan Malaysia bersedia menerima cabaran era pembaharuan digital serta beralih ke kaedah digital dalam pelbagai urusan seperti diamalkan oleh negara maju.

“Kerajaan komited dalam memberi tumpuan kepada industri baharu ini yang semakin berkembang pesat dan relevan selaras dengan tuntutan semasa dalam semua bidang ekonomi,’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi anggota panel forum bertajuk ‘Persediaan Bakat Untuk Masa Depan’ sempena Pameran #MyDigitalMaker Fair 2018 anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Pendidikan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan boleh menyediakan bantuan kewangan bagi golongan pereka aplikasi digital sebagai galakan di samping melibatkan pihak swasta ke arah melakukan perubahan dan anjakan seterusnya dalam bidang teknologi digital.

“Pameran sebegini bertindak sebagai platform yang mengetengahkan bakat-bakat dari seluruh negara,” katanya.

Pameran dua hari itu, yang berakhir hari ini, itu disertai oleh pelbagai agensi, guru dan pelajar yang didedahkan kepada satu pengalaman digital meliputi aktiviti robotik, percetakan 3D, ceramah kerjaya dan pertandingan berasaskan digital.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
©2026 WISER.MY