Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF Watch 3 Pro_2

CMF Watch 3 Pro Dilancar Dengan Integrasi ChatGPT

Diterbitkan September 8, 2025 oleh ariff bukhari

CMF by Nothing memperkenalkan Watch 3 Pro, jam pintar  yang direka untuk pengguna harian dan kecergasan.

Menggabungkan penjejakan kesihatan , jurulatih AI, serta reka bentuk bergaya, Watch 3 Pro menjadi teman pintar yang sesuai untuk gaya hidup moden dan aktif.

Dilengkapi GPS dwi-jalur 5 sistem dan 131 mod sukan, jam ini menawarkan pengalaman latihan yang lebih tepat.

Sensor nadi 4-saluran, pemantauan SpO₂, tidur, stres, hidrasi, serta sokongan kesihatan wanita memastikan pengguna mendapat gambaran menyeluruh tentang kesihatan mereka.

Watch 3 Pro_3
Watch 3 Pro_1

Lebih menarik, Watch 3 Pro hadir dengan integrasi ChatGPT, membolehkan pengguna bertanya soalan, mencatat nota suara dengan transkripsi automatik, serta menerima berita harian terus di pergelangan tangan.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan paparan AMOLED 1.43”, lebih 120 muka jam termasuk pilihan AI, serta bateri yang mampu bertahan sehingga 13 hari.

Dengan ketahanan IP68 dan pengecasan pantas 99 minit, Watch 3 Pro menggabungkan kecerdasan, kesihatan, dan gaya dalam satu peranti.

Watch 3 Pro ditawar pada harga RM419 yang boleh dibeli sceara atas talian dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmy4ho
  • Lazada – https://invl.me/clmy4hm

Berkaitan

  • CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Pada Harga RM1,199
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Acer Perkenal Barisan Produk Predator Baru Di IFA 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY