Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF Clip Pro_1

CMF Lancar Clip Pro – Fon Telinga ‘Open-Ear’ Pertamanya, Bateri Sehingga 32.5 Jam

Diterbitkan Ogos 5, 2026 · Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

CMF by Nothing secara rasmi memperkenalkan CMF Clip Pro, fon telinga jenis open-ear pertama di bawah jenama itu yang menggabungkan reka bentuk ergonomik dengan pengalaman audio berkualiti tinggi untuk kegunaan harian.

Bagi memastikan keselesaan, CMF Clip Pro menggunakan reka bentuk klip ergonomik tiga titik yang membantu mengagihkan tekanan dengan lebih sekata pada telinga. Ia turut dipadankan dengan teras wayar titanium elastik yang boleh disesuaikan dengan pelbagai bentuk telinga, selain menggunakan bahan mesra kulit untuk keselesaan walaupun dipakai dalam tempoh yang lama. Setiap fon telinga juga hanya seberat 5.9 gram.

CMF Clip Pro_07

Dari segi audio, CMF Clip Pro dilengkapi pemacu dinamik dwi magnet 10.8 mm bersama Ultra Bass Technology bagi menghasilkan bass yang lebih mantap. Ia juga mempunyai Hi-Res Audio Certified serta menyokong codec LDAC, AAC dan SBC untuk penstriman audio berkualiti tinggi pada peranti yang serasi.

CMF Clip Pro_9

Untuk panggilan suara, fon telinga ini menggunakan teknologi Clear Voice berkuasa VPU bersama empat mikrofon HD yang membantu mengasingkan suara pengguna daripada bunyi persekitaran secara masa nyata. Turut disertakan ialah ciri Sound Seal yang mengehadkan bunyi daripada tersebar ke persekitaran, sekali gus meningkatkan privasi ketika mendengar muzik atau membuat panggilan.

CMF Clip Pro_6

Satu lagi ciri menarik ialah Smart Dial yang terbina pada bekas pengecas. Melaluinya, pengguna boleh melaras kelantangan, mengawal main balik muzik, menjawab panggilan serta memulakan sambungan dengan peranti tanpa perlu membuka telefon.

Dari segi ketahanan bateri, CMF mendakwa Clip Pro mampu menawarkan sehingga 10 jam penggunaan dengan sekali cas atau sehingga 32.5 jam apabila digunakan bersama bekas pengecas. Pengecasan pantas selama 10 minit pula dikatakan cukup untuk memberikan sehingga empat jam masa mendengar.

Selain itu, CMF Clip Pro turut menyokong Bluetooth 5.4, sambungan dua peranti serentak, mod Low Latency untuk permainan, Google Fast Pair, Microsoft Swift Pair, penarafan IP54 serta aplikasi Nothing X yang membolehkan pengguna menyesuaikan kawalan, melaras tetapan Sound Seal, kemas kini firmware dan mengesan lokasi fon telinga.

Ketersediaan

CMF Clip Pro ditawarkan dalam pilihan warna Dark Grey, Light Grey dan Coral.

CMF Clip Pro_4
CMF Clip Pro_3
CMF Clip Pro_2

Bagi pasaran Malaysia, harga dan ketersediaannya akan diumumkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Berkaitan

  • Nothing Lancar CMF Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Nothing Phone (4b) Rasmi Dilancarkan – Snapdragon 6 Gen 4, Bateri 5,200mAh & IP64
  • Bateri Nothing Phone (4b) Mampu Bertahan Sehingga 63 Jam Dan 1,400 Kali Cas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY