Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing phone 4b

Bateri Nothing Phone (4b) Mampu Bertahan Sehingga 63 Jam Dan 1,400 Kali Cas

Diterbitkan Julai 16, 2026 · Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh ariff bukhari

Bateri Nothing menerusi model terbaru telefon pintar mereka, Nothing Phone (4b) atau A009P telah menerima pengiktirafan kecekapan tenaga.

Ia selepas bateri yang dimuatkan dalam model ini terbukti lebih tahan lama sehingga mendapat pengiktirafan A bagi kelas kecekapan tenaga dari Daftar Produk Eropah untuk Pelabelan Tenaga (EPREL).

Bateri Nothing Phone (4b) Mampu Bertahan Sehingga 63 Jam Dan 1,400 Kali Cas

Bagi Daya tahan bateri setiap kitaran (Battery endurance per cycle), ia merujuk kepada berapa lama bateri telefon pintar ini mampu bertahan dari cas penuh hingga bila ia perlu dicas semula.

Bahasa mudahnya, “ketahanan bateri per kitaran” bermaksud berapa lama bateri telefon anda boleh bertahan dalam sekali cas iaitu dari penuh 100% hinggalah ia habis dan perlu dicas semula.

Contohnya,  jika sebuah telefon dikatakan mempunyai ketahanan bateri 10 jam per kitaran, ini bermakna melalui ujian khas yang meniru penggunaan harian sebenar kita (seperti melayari internet, menonton video, dan menghantar mesej), anda boleh menggunakan telefon tersebut selama lebih kurang 10 jam sebelum ia mati dan perlu dicas semula.

Jadi, untuk bateri Nothing Phone (4b), ia mampu bertahan sehingga 63 jam 19 minit.

Nothing phone 4b
Nothing Phone (4b) dengan bateri 6,000 mAh hanya ditawar untuk pasaran India sahaja.
nothing phone (4b)_1
Nothing Phone (4b) dilengkapi skrin Super AMOLED 6.77 inci dan dipacu Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sehingga 256GB serta bateri 5,200mAh.

Sementara “ketahanan kitaran bateri” (battery endurance in cycles) pula bermaksud jangka hayat atau umur panjang bateri telefon anda sebelum ia menjadi “bocor” atau kurang efisien.

Setiap kali anda cas telefon dari kosong hingga penuh dan gunakannya semula sehingga habis, itu dikira sebagai satu kitaran (1 cycle).

Contohnya, jika bateri telefon anda mempunyai ketahanan 500 kitaran, ini bermakna anda boleh cas dan guna telefon itu sebanyak 500 kali.

Selepas mencapai 500 kali cas tersebut, keupayaan maksimum bateri akan merosot kepada 80% sahaja berbanding semasa ia masih baharu.

Ini memberikan petunjuk berapa tahun bateri tersebut boleh berfungsi dengan baik sebelum kesihatan baterinya menurun dan anda mula terasa bateri cepat habis.

Jadi, bagi model Nothing Phone (4b) ini, hayat baterinya adalah sehingga 1,400 kali cas.

Selepas itu, keupayaan maksimum bateri bagi peranti ini akan merosot kepada 80% sahaja berbanding semasa ia masih baharu.

Bateri Nothing Phone (4b) Mampu Bertahan Sehingga 63 Jam Dan 1,400 Kali Cas

Berdasarkan data rasmi EU EPREL, bateri dalam telefon Android jenama lain juga diiktiraf dengan label A seperti OnePlus (1,300) kitaran, HONOR (1,600 kitaran), dan Samsung yang mampu bertahan sehingga 2,000 kitaran.

Sementara iPhone pula menerusi siri iPhone 15 hanya menerima kelas B sahaja untuk kecekapan tenaga.

Bateri Nothing Phone (4b) Mampu Bertahan Sehingga 63 Jam Dan 1,400 Kali Cas
Samsung SM-G556B adalah Galaxy XCover7 dan HONOR MRK-NX1 pula adalah model HONOR 600.

Nothing Phone (4b) yang sudah dilancarkan di luar negara minggu lalu dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Siri Nothing Phone (4a) Tiba Di Malaysia Dalam Satu Varian, Harga Bermula RM1,999
  • Nothing Phone (4b) Rasmi Dilancarkan – Snapdragon 6 Gen 4, Bateri 5,200mAh & IP64
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY