Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS Portal

‘Cloud Streaming’ Rasmi Hadir Ke PlayStation Portal Bersama Beberapa Ciri Baharu

Diterbitkan November 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony kini mengumumkan kemas kini besar untuk PlayStation Portal, dengan pelancaran rasmi penstriman awan untuk permainan PS5 kepada ahli PlayStation Plus Premium bermula 6 November 2025 (2 pagi waktu Malaysia).

Melalui ciri ini, pengguna boleh menstrim permainan PS5 terus daripada perpustakaan digital sendiri, tanpa perlu disambungkan ke konsol melalui Remote Play. Pada pelancaran, ribuan permainan PS5 menyokong fungsi ini termasuk Astro Bot, GTA V, Final Fantasy VII Rebirth, Resident Evil 4 dan banyak lagi.

PS Portal cloud_1

Selain itu, ratusan tajuk lain daripada PlayStation Plus Game Catalog dan Classics Catalog seperti God of War Ragnarök dan The Last of Us Part II Remastered turut boleh distrim secara terus dari awan. Ini membolehkan pengguna bermain di mana sahaja, walaupun konsol PS5 mereka sedang digunakan atau dimatikan.

PS Portal cloud_2

Antara kemas kini lain termasuk antara muka baharu dengan tiga tab utama — Remote Play, Cloud Streaming dan Search di mana ia memudahkan navigasi.

PS Portal cloud_3

Ciri tambahan seperti 3D Audio, Passcode Lock, paparan Network Status, serta akses pembelian dalam permainan (in-game store) turut diperkenalkan.

PS Portal cloud_4

Kemas kini ini juga menambah pilihan kebolehcapaian (accessibility) dan keupayaan menerima jemputan permainan semasa sesi Cloud Streaming.

Sony menyatakan mereka akan terus menambah baik PS Portal untuk memperluas cara pemain menikmati perpustakaan PS5 mereka di mana-mana sahaja.

Walau bagaimanapun, ciri ‘cloud streaming’ tidak tersedia untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Kenapa PlayStation Portal Tidak Seperti PS Vita Atau Nintendo Switch? Ini Penjelasan Sony
  • PlayStation Portal Hadir Dengan Fungsi Baharu - Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY