Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation portal

PlayStation Portal Hadir Dengan Fungsi Baharu – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan April 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony kini melancarkan kemas kini sistem terbaru untuk PlayStation Portal, khusus untuk meningkatkan pengalaman bermain melalui Cloud Game Streaming (Beta).

Ciri-ciri baharu ini direka berdasarkan maklum balas komuniti, menjadikan sesi permainan lebih lancar, interaktif dan fleksibel – terutama untuk ahli PlayStation Plus Premium.

Antara penambahbaikan utama yang diperkenalkan ialah:

Susun Senarai Permainan Mengikut Kategori

ps portal

Pengguna kini boleh menyusun permainan dalam katalog Cloud Streaming berdasarkan:

  • Terbaru ditambah ke PS Plus (default)
  • Nama permainan
  • Tarikh dikeluarkan

Fungsi ini memudahkan pencarian game dalam koleksi PlayStation Plus anda.

Tangkap Gambar & Rakam Video Semasa Strim

ps portal

Butang “Create” kini diaktifkan semasa sesi Cloud Streaming. Anda boleh:

  • Tekan sekali: Paparkan menu Create
  • Tekan lama: Ambil tangkapan skrin
  • Tekan dua kali: Mula/henti rakaman video (sehingga 3 minit, resolusi 1080p)

Media yang dirakam akan disimpan secara automatik ke pelayan awan dan boleh diakses melalui PlayStation App > Library > Captures selama 14 hari.

Fungsi Queue (Menunggu Giliran)

ps portal

Apabila pelayan penstriman penuh, anda kini boleh menunggu giliran secara automatik. Anggaran masa menunggu akan dipaparkan, dan sesi akan bermula secara automatik apabila tiba giliran anda.

Fungsi Jeda (Pause) Automatik

Permainan akan dijeda secara automatik dalam situasi berikut:

  • Anda buka menu pantas (quick menu)
  • PS Portal masuk mod rehat (rest mode)
  • Mesej ralat sistem muncul

Namun, fungsi jeda ini tidak berfungsi untuk permainan dalam talian multipemain.

Notifikasi Tidak Aktif

ps portal

PS Portal akan menghantar notifikasi jika tiada aktiviti selama lebih 10 minit, dan sesi penstriman akan ditamatkan selepas itu jika tiada respons.

Skala Maklum Balas Pengguna

ps portal

Sony turut memperkenalkan skrin maklum balas di akhir sesi permainan, bagi menilai kualiti penstriman dan menambah baik perkhidmatan berdasarkan pengalaman pengguna.

Fungsi ini mirip yang dilakukan Microsoft menerusi Xbox Cloud Gaming.

Walaupun masih dalam fasa beta, penstriman awan melalui PS Portal membolehkan anda bermain game PS5 secara terus dari pelayan Sony – tanpa perlu memiliki konsol PS5.

Ini adalah satu langkah ke hadapan dalam menjadikan permainan awan lebih mudah diakses dan fleksibel, terutama bagi pengguna PlayStation Plus Premium.

Walau bagaimanapun, sayang sekali pengguna tempatan tidak dapat menikmatinya kerana langganan PS Plus Premium tidak tersedia di Malaysia.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudah mencubanya dengan menggunakan akaun rantau lain tetapi hakikatnya permainan awan PS Portal belum rasmi lagi di sini.

Berkaitan

  • PlayStation Portal Kini Sokong 'Cloud Gaming' Permainan PS5
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • PlayStation Portal Antara Kejayaan Besar - Sony
  • Kenapa PlayStation Portal Tidak Seperti PS Vita Atau Nintendo Switch? Ini Penjelasan Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY