Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KBS Hannah Yeoh

Cloud KBS Sah Digodam, Tapi Tiada Kebocoran Data Peribadi

Diterbitkan Mac 18, 2024 · Dikemas kini Mac 18, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui infrastruktur Cloud agensi berkenaan telah digodam pada Sabtu lepas, namun mengesahkan tiada sebarang kebocoran data peribadi susulan ancaman tersebut.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • PADU Nafi Dakwaan Pangkalan Data Digodam

Menterinya, Hannah Yeoh berkata KBS telah mengambil tindakan segera dan melaporkan perkara berkenaan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebaik kejadian itu berlaku.

Jelasnya, fail yang digodam hanya melibatkan beberapa fail pentadbiran serta tidak melibatkan parti lain ataupun maklumat peribadi.

Terdahulu, tular di platform Telegram oleh kumpulan penggodam R00TK1T yang mendakwa telah berjaya menggodam dan mengakses infrastruktur Cloud KBS.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY