Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini

PADU Nafi Dakwaan Pangkalan Data Digodam

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lepas, tular mengenai kenyataan penggodam R00TK1T yang mendakwa berjaya mengakses maklumat sensitif, termasuk pangkalan data PADU (Pangkalan Data Utama).

Terbaharu, pihak PADU telah menafikan dakwaan pencerobohan itu.

Berkaitan

  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia
  • PADU Tidak Digodam, 27TB Data Tidak Dicuri

Menurut PADU, semakan terperinci mendapati dakwaan tersebut adalah palsu.

Sebaliknya, paparan skrin yang dikongsikan itu merupakan ubah suai pada pelayar internet penggodam tersebut. PADU menjelaskan tangkapan skrin yang diambil juga tidak melibatkan sistem dan pangkalan data PADU.

https://www.facebook.com/paduofficial/posts/pfbid02HTovbnNM1ZUjvvjvh84UrZiXYTQRTSAf7UoGMV3vBN2nosuWdgEMWokdu8HDTr2jl

Sebagai tambahan, pihak PADU menegaskan ia sentiasa dipantau rapi bagi menjamin keselamatan data pengguna dan tidak akan sesekali berkompromi soal keselamatan data.

Lanjutan penafian itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenainya.

Untuk maklumat lanjut dan info terkini berkaitan PADU, layari www.padu.gov.my atau hubungi talian hotline Jabatan Perangkaan Malaysia di 1-800-88-7720 /1-800-88-7721. Bagi pertanyaan dalam talian, layari SISPAA melalui https://padu.spab.gov.my.

Sumber: PADU Official

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY