Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp tonton sekali

WhatsApp Kini Tawarkan Ciri “View Once” Buat Semua Pengguna

Diterbitkan Ogos 4, 2021 · Dikemas kini Ogos 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Bagi pengguna Snapchat atau Instagram, pasti anda tahu akan ciri ini dimana gambar yang dihantar akan dipadamkan selepas ia dilihat.

Ciri yang dipanggil “View Once” (sekali tontonan) ini akhirnya secara rasmi ditawarkan buat semua. Bermakna, apabila gambar atau video dihantar, penerimanya hanya boleh melihat media tersebut sekali sahaja.

Media yang dihantar ini juga tidak boleh disimpan, dikongsikan, dibintang dan sebagainya. Tambahan lagi, jika anda tidak membuka media tersebut dalam tempoh 14 hari, ia akan dipadam serta merta.

WhatsApp Kini Tawarkan Ciri “View Once” Buat Semua Pengguna

Bagaimanapun, penerima masih lagi boleh membuat tangkap layar (screenshot) atau merakamnya. Malah, WhatsApp juga tidak akan memberi tahu apabila pengguna “screenshot” gambar atau video tersebut seperti mana di Snapchat.

Selain itu, media dari “view once” ini juga tidak dilihat oleh pihak WhatsApp memandangkan ia dihantar dengan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption).

WhatsApp view once

Untuk menggunakan ciri “view once”, anda perlu pilih ciri ini setiap kali mahu menghantar kepada penerima.

Oleh yang demikian, anda boleh kemas kini aplikasi WhatsApp terlebih dahulu untuk menerima fungsi ini. Jika anda tidak ada lagi ciri tersebut, mungkin akan tiba dalam minggu hadapan.

Sumber: whatsapp

Baca juga artikel berkaitan:

  • ‘Archive Chat’ WhatsApp Tak Lagi Muncul Di Ruangan ‘Chat’
  • 4 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Ciri Panggilan Video Berkumpulan WhatsApp
  • WhatsApp Akan Tawar Ciri Panggilan Baharu, Bermula Dengan iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY