Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS circle to search

Cara Guna ‘Circle to Search’ Pada Peranti iOS

Diterbitkan Februari 24, 2025 ยท Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Awal tahun lepas, Google memperkenalkan ‘circle to search’, cara mudah untuk pengguna mencari maklumat dengan menggunakan gerakan seperti bulatan, contengan atau klik sahaja pada sekitar skrin tanpa perlu beralih aplikasi. Siri Samsung Galaxy S24 adalah peranti terawal menerimanya.

Kemudian, ia diperluaskan pada kebanyakan telefon pintar Android terbaru. Kini, Google menawarkannya pula buat pengguna iOS. Fungsinya masih lagi sama, membenarkan pengguna mencari maklumat pada halaman skrin yang dilihat.

Namun, ia memerlukan sedikit langkah tambahan untuk menggunakannya, tidak seperti di Android.

Sekiranya anda pengguna iOS dan mahukan ‘circle to search’, anda perlu muat turun aplikasi Chrome atau Google jika belum ada.

Seterusnya, klik ‘tiga titik’ pada barisan bar carian dan klik ‘search this screen’.

photo_2025-02-24 10.11.00

Setelah itu, anda boleh lakukan apa sahaja gestur yang anda mahu seperti bulatkan atau tap objek yang anda mahu cari.

photo_2025-02-24 10.11.01

Google mengatakan yang mereka bakal menawarkan ikon lensa baharu di bar carian bagi memudahkan akses ini dalam beberapa bulan akan datang.

Kekurangan ciri ini dalam iOS adalah ia terhad untuk carian melalui aplikasi Google atau Chrome sahaja. Tidak seperti beberapa peranti Android terkini yang menyokong banyak aplikasi lain seperti YouTube, TikTok dan lain-lain.

Apa-apa pun, pengguna iOS dapat juga mencuba ciri daripada Google ini memandangkan ‘visual intelligence’ terhad untuk peranti iPhone terbaru sahaja walaupun ciri tersebut tidaklah seperti ‘circle to search’.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google
  • Ini Rupa Awal 'AI Mode' Di Carian Google, Bakal Ubah Cara Kita Cari Maklumat
  • Pengguna iOS Perlu Pasang Aplikasi Gemini Untuk Terus Guna AI Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY