Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cipta Sendiri Skim Warna Joy-Con, Nintendo Tawar 10 Pilihan Warna Di Jepun

Cipta Sendiri Skim Warna Joy-Con, Nintendo Tawar 10 Pilihan Warna Di Jepun

Diterbitkan April 7, 2020 oleh Amalina Athman

Pertama kali dilancarkan, Nintendo Switch hanya mempunyai dua pilihan warna bagi Joy-Con iaitu skim warna kelabu atau merah-biru. Kini, Nintendo telah memperkenalkan pelbagai skim warna yang berbeza yang boleh disuaikan mengikut pilihan pelanggan.

Bagi anda yang belum tahu, Joy-Con sebelum ini dijual dalam gabungan warna yang telah ditetapkan oleh Nintendo. Ini bermakna, pemain terpaksa memilih kombo warna yang ditetapkan sahaja.

Nintendo Switch

Bagaimanapun, dengan pilihan untuk menyesuaikan skim warna, pemain kini boleh menggabungkannya mengikut stail sendiri dengan 10 pilihan warna Joy-Con. Selain itu, Nintendo turut menawarkan 7 pilihan warna bagi Joy-Con Strap.

Ia bukanlah kali pertama Nintendo menawarkan bundle Joy-Con yang boleh disesuaikan. Namun, ini merupakan kali pertama pemain boleh mendapatan versi terbaru Nintendo Switch dengan bateri yang telah dipertingkatkan.

Pada masa ini, pilihan skim warna Joy-Con yang boleh disesuaikan hanya tersedia di Jepun dan tidak dapat dipastikan jika ia akan dilancarkan secara global kelak.

Sumber: UberGizmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY