Kini muncul khabar angin yang Xiaomi mungkin akan meneruskan penghasilan cip SoC generasi kedua mereka yang diberi nama Surge S2.
Khabar angin ini hadir bersama spesifikasi yang dikatakan akan mengiringi cip terbaru itu. Cip ini dikatakan akan menggunakan 8 teras dan akan dihasilkan menggunakan teknologi fabrikasi 16nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).
4 teras utama Cortex A73 dikunci kelajuan jamnya pada 2.2 GHz dan 4 teras A53 akan dikunci pada 1.8 GHz kelajuan jam. Untuk cip grafik pula, Xiaomi mungkin masih menggunakan cip Mali G71 MP8 bersama-sama UFS 2.1. Cip ini dikatakan akan menyokong jenis RAM LDDR4.
Persoalan seterusnya yang bermain adalah peranti manakah yang akan menggunakan cip Xiaomi ini. Tekaan mudah sudah pasti peranti Xiaomi Mi 6C tetapi ada cakap-cakap yang Xiaomi Mi 6X akan menggunakan cip ini terlebih dahulu.
Xiaomi sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi suku tahunan kedua mereka yang sibuk dimana peranti utama mereka Xiaomi Mi 7 besar kemungkinan akan dilancarkan pada bulan April ini.
Berkaitan
- Xiaomi Mi 10T - Spesifikasi Terbaik Pada Harga Berpatutan
- Xiaomi Mi 6X Menggunakan Cip SoC Snapdragon 660
- Xiaomi Akan Menghentikan Sokongan Untuk 6 Peranti Mereka Selepas MIUI 9
- Ujian Ketahanan Xiaomi Mi 6 Menunjukkan Peningkatan Dari Mi 5
- Prototaip Xiaomi Mi Mix 2 Yang Tertiris Menunjukkan Siapa Yang Handal Dalam Kategori Skrin Paparan Penuh
- Ura-ura Mengenai Spesifikasi Xiaomi Mi Max 3 Tular Di Weibo
- Xiaomi Umum TV Pintar Baru Lagi
- Siri Xiaomi Mi 10T - Perkakas Dan Perisian Kamera Khusus Untuk Pengkarya Digital
- Lelaki Ini Tunjukkan Perbezaan Gambar Antara Stok MIUI Dengan Google HDR+ Menggunakan Xiaomi MiA1
- Xiaomi Mi Max 2 Dengan Bateri 5,000 mAh Dikhabarkan Keluar Minggu Depan