Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Cip Apple C1X Dalam iPhone Air Tidak Beri Impak Ketara Di Malaysia

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh ariff bukhari

Perkembangan teknologi modem Apple kini memasuki fasa matang apabila syarikat itu memperkenalkan modem dalaman terbaharunya, C1X, yang digunakan pada iPhone Air.

Berdasarkan analisis Ookla, modem ini menunjukkan lonjakan besar berbanding generasi sebelumnya, sekali gus meletakkan Apple setanding dengan pesaing utama, Qualcomm X80 dari segi kelajuan muat turun dan kependaman dalam penggunaan dunia sebenar.

Namun begitu, cip Apple C1X masih ketinggalan dalam kelajuan muat naik kerana ketiadaan teknologi uplink carrier aggregation.

Kelebihan utama C1X ialah latensi rendahnya, menjadikan pengalaman lebih responsif untuk aplikasi masa nyata seperti permainan mudah alih, penstriman langsung, dan AI generatif.

Di pasaran maju seperti AS, Korea Selatan, China, Singapura dan Jepun, prestasi cip C1X dalam iPhone Air mendapat kelebihan bermakna di mana C1X jelas mampu memanfaatkan spektrum 5G jalur pertengahan dengan jauh lebih cekap berbanding C1 semasa kesesakan siang hari biasa.

Walau bagaimanapun, C1X tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang bermakna berbanding cip C1 dalam iPhone 16e di Brazil, India dan Malaysia.

Ini kerana, menurut Ookla, konfigurasi rangkaian 5G Malaysia lebih menekankan low-band DSS berbanding mid-band 5G.

Ini sekali gus mengurangkan kelebihan teknologi baharu Apple tersebut.

comparing-iphone-17-pro (1)
Carta di atas menunjukkan set data di Malaysia.

Malah, dalam beberapa ujian oleh Ookla, iPhone 16e yang menggunakan cip C1 menunjukkan prestasi lebih konsisten kerana lebih serasi dengan konfigurasi rangkaian sedia ada.

“Malaysia kekal sebagai satu-satunya pasaran di mana 16e mengatasi Air (-9.6%), sekali gus menunjukkan konfigurasi rangkaian setempat yang sangat mengutamakan seni bina C1 yang lebih ringkas.” Ookla.

Namun begitu, C1X tetap memberi sedikit kelebihan pada muat naik di kawasan liputan lemah, membantu mengekalkan sambungan asas, walaupun prestasinya di Malaysia tidak sekuat di pasaran lain.

Ookla berkata, jika Malaysia mempercepatkan pelaksanaan 5G mid-band dan standalone, barulah kelebihan C1X dapat dirasai sepenuhnya.

Buat masa ini, iPhone Air lebih dilihat sebagai simbol inovasi Apple berbanding solusi praktikal untuk semua pengguna di Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone Boleh Lipat Dilapor Berdepan Isu Teknikal, Mungkin Ditunda Lagi
  • ASUS Lancar Peranti USB Pertama Di Dunia Untuk Percepat Tugas AI Generatif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY