Selain itu, anda juga boleh menerima pelbagai perkhidmatan pantas yang ditawarkan melalui WhatsApp.
Bagi memastikan anda menerima mesej yang asli daripada CIMB, WhatsApp rasmi CIMB akan sentiasa mempunyai ikon tanda hijau bersebelahan dengan nama akaun "CIMB Malaysia". Seterusnya, apabila anda menekan nama akaun "CIMB Malaysia", anda akan melihat ikon lencana berwarna hijau yang menyatakan "Perniagaan Yang Disahkan" atau "Akaun perniagaan rasmi".
Anda dinasihatkan untuk tidak memberi maklum balas kepada sebarang mesej dari akaun CIMB yang tidak disahkan. Mesej pada Whatsapp juga dijamin dengan end-to-end encryption. Ia bagi memastikan hanya anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda dapat membaca mesej yang dihantar, dan tiada sesiapa dapat membaca termasuk WhatsApp.
Sempena pelancaran program CIMB@WhatsApp, anda juga berpeluang untuk memenangi e-baucer Lazada RM10. Caranya adalah dengan menghantar WhatsApp pada CIMB dan menjawab soalan mudah sebelum 31 Januari 2020. Terdapat jumlah RM15,000 dengan 1,500 pemenang untuk direbut.
Klik pautan ini untuk mula menggunakan CIMB@WhatsApp.
Sumber: CIMB Clicks
Berkaitan
- WhatsApp Channel Kelak Boleh Pindah Milik
- WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama
- Cara Senyapkan Panggilan Nombor Tak Dikenali Di WhatsApp
- Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
- WhatsApp Akhirnya Mula Perkenalkan Ciri Baharu Ini
- Didakwa Akses Mikrofon Secara Latar, WhatsApp Kata Itu Pepijat Pada Android
- Meta Saman Pembangun Aplikasi, Didakwa Curi Lebih 1 Juta Akaun WhatsApp
- Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Pindahkan Chat Antara Peranti iOS Dan Android
- CIMB: Jangan Kongsi Butiran Akaun Bank