Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Diterbitkan Februari 20, 2023 · Dikemas kini Februari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, WhatsApp telah menyediakan kemas kini terbaharu untuk pengguna iOS dan Android. Melalui kemas kini di Google Play Store dan App Store, WhatsApp telah mengeluarkan log perubahan dengan menyenaraikan ciri baharu yang tersedia untuk semua pengguna yang memasang kemas kini terbaharu itu.

Berkaitan

  • WhatsApp Kembalikan Tempoh Lebih Lama Untuk Padam Mesej Yang Dihantar
  • Pengguna Kelak Boleh Setkan Panggilan Di Aplikasi WhatsApp
  • WhatsApp Tawar Pek Pelekat Avatar Baharu Untuk iOS Dan Android

Berikut disenaraikan tiga ciri terbaharu di WhatsApp yang sepatutnya anda sudah terima.

1. Picture in Picture untuk iOS

Pada awal bulan ini, WhatsApp akhirnya mula menawarkan ciri panggilan video dengan sokongan Picture in Picture untuk peranti iOS.

WhatsApp PiP iOS

Untuk peranti Android pula, ciri ini telah tersedia sejak sekian lama.

2. Pek pelekat Avatar baharu

Selepas memperkenal ciri mencipta avatar, WhatsApp kini menyediakan kemas kini pelekat avatar dengan beberapa rekaan baharu.

WhatsApp Tawar Pek Pelekat Avatar Baharu Untuk iOS Dan Android

Antaranya termasuk penambahan lebih mendalam dan mereka bentuk semula personaliti serta menggantikan beberapa pelekat lama dengan rekaan baharu.

3. Kapsyen untuk dokumen

Menerusi kemas kini terbaharu, WhatsApp turut menawarkan sokongan kapsyen untuk dokumen.

Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Dengan itu, pengguna iOS dan Android kini boleh menambah keterangan bagi setiap dokumen yang dihantar.

Memandangkan WhatsApp kebiasaannya melepaskan secara berperingkat, tidak perlu khuatir jika belum menerima kesemua ciri baharu ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY