Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp transfer chat

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Pindahkan Chat Antara Peranti iOS Dan Android

Diterbitkan April 6, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, WhatsApp dilaporkan dalam pembangunan untuk membolehkan satu akaun WhatsApp digunakan pada banyak peranti dalam masa yang sama. Fungsi ini juga membenarkan pengguna untuk menggunakan WhatsApp Web tanpa perlu sambungan internet ke peranti.

Terkini, laporan WABetaInfo menyatakan aplikasi itu bakal hadir dengan ciri baharu yang membolehkan pemindahan chat history atau sejarah perbualan antara peranti iOS dan Android.

pindah WhatsApp iOS Android

Seperti tangkap layar yang dikongsi, ia menunjukkan perbualan daripada WhatsApp Android boleh dipindahkan kepada WhatsApp iOS, dan begitu juga sebaliknya.

Dengan adanya ciri seperti ini, sudah tentu lebih memudahkan pengguna untuk mengekalkan perbualan terdahulu apabila bertukar peranti antara iOS dan Android.

Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan tersedia kepada umum.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY