Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome Versi Beta Sudah Menambah Fungsi Senyapkan Video Autoplay

Chrome Versi Beta Sudah Menambah Fungsi Senyapkan Video Autoplay

Diterbitkan Disember 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali diumumkan pada Ogos lepas, fungsi senyapkan video autoplay kini telah terkandung dalam kemaskini Chrome 64.

Sudah pasti ramai dalam kalangan anda yang cukup meluat mendengar bunyi video autoplay yang dimainkan secara tiba-tiba. Dengan adanya fungsi baru itu, pengguna kini mempunyai lebih kuasa untuk mengawal bunyi video autoplay.

Cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut sangat mudah. Anda hanya perlu tekan ikon “i” ataupun ikon yang berbentuk “mangga berwarna hijau” di bahagian URL.  Selepas itu, menu akan terpapar dan tekan mana-mana pilihan yang diberi.

Chrome Versi Beta Sudah Menambah Fungsi Senyapkan Video Autoplay

Selain daripada fungsi senyap bunyi video autoplay, versi beta ini juga hadir dengan ciri menyekat iklan pop-up dan ciri keselamatan bagi menghindari laman web membawa pengguna ke halaman yang lain.

Versi stabil dijangka penawarannya kepada umum pada Januari hadapan dan bagi yang mahu memuat turun versi beta bolehlah layari ke laman Google ini.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY