Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tren carbon fibre

China Lancar Tren Elektrik Gentian Karbon Pertama Di Dunia

Diterbitkan Januari 15, 2025 oleh ariff bukhari

China telah melancarkan kereta api metro yang diperbuat daripada bahan gentian karbon untuk operasi komersil pertama di dunia yang dikenali sebagai CETROVO 1.0.

Ia telah mula beroperasi di Qingdao, Shandong, China. Dengan badan dan rangka bogi yang diperbuat 25% dan 50% daripada bahan komposit gentian karbon, menjadikan berat keseluruhan kereta api ini 11% lebih ringan daripada kereta api konvensional.

Ini sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 7% dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida tahunan sebanyak 130 tan.

Tidak sekadar itu, manfaat daripada penggunaan gentian karbon ini meningkatkan ketahanan dan memanjangkan jangka hayat struktur tren.

Tren carbon fibre 1
Elemen gentian karbon memberikan suasana futuristik dan meningkatkan keselesaan melalui pengurangan getaran dan penebatan bunyi.

Di samping itu, platform penyelenggaraan pintar berasaskan kembar digital, SmartCare, telah dibangunkan untuk kereta api gentian karbon ini.

Platform ini membolehkan pengesanan kerosakan pintar, pemantauan kesihatan masa nyata dan pengoptimuman penyelenggaraan yang akan mengurangkan kos pembaikan keseluruhan.

CETROVO 1.0 berjaya menggabungkan inovasi teknologi untuk operasi yang lebih cekap dan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada penumpang.

Berkaitan

  • Hitachi Dan Nvidia Bangunkan Sistem Berkuasa AI Untuk Pantau Kereta Api
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • China Lancar Prototaip Kereta Api Peluru Yang Mampu Capai Kelajuan 450 Km/jam

Sumber: Xinhua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY