Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RAM China

China Lancar Modul RAM LPDDR5X 96GB Untuk PC AI

Diterbitkan September 9, 2026 · Dikemas kini September 9, 2026 oleh ariff bukhari

Rayson HI-TECH(SZ) Co., Ltd. dari China baru sahaja memperkenalkan modul memori baharu “Double 96” LPCAMM2 dengan kapasiti 96GB berkelajuan 9600Mbps.

Ia direka khusus untuk memenuhi keperluan komputer berasaskan AI termasuklah laptop dan desktop.

Modul ini menggunakan teknologi LPDDR5X dengan reka bentuk mampatan yang lebih kompak berbanding DDR5 SO-DIMM tradisional.

Saiznya yang hanya 78×23×3mm, menjimatkan sehingga 60% ruang papan litar utama komputer.

Malah ia dikatakan mampu mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 50%, dan meningkatkan kecekapan tenaga sehingga 70%.

Keupayaan ini membolehkan PC melakukan inferens AI secara tempatan, memproses data multimodal, serta menyokong tugasan produktiviti kompleks.

Selain kapasiti 96GB, perkakasan ini juga tersedia dalam kapasiti 16GB, 32GB dan 64GB dengan model 96GB menjadi tumpuan utama untuk aplikasi AI.

Modul ini juga telah melalui ujian keserasian dan kestabilan bersama pengeluar PC antarabangsa, menandakan kesediaannya untuk pasaran global.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Tiga Gergasi Semikonduktor Disaman, Didakwa Sengaja Rancang Naikkan Harga DRAM
  • Komputer Bajet Pelbagai Jenama Dilaporkan Mula Guna DRAM Buatan China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY