Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
magnet china

China Cipta Rekod Dunia Baharu Dengan Medan Magnet 800,000 Kali Lebih Kuat Daripada Bumi

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh ariff bukhari

Saintis China dilapor telah mencipta magnet terkuat di dunia, yang menghasilkan medan magnet stabil sebanyak 42.02 tesla, iaitu lebih 800,000 kali lebih kuat daripada medan magnet Bumi.

Magnet itu diperbuat daripada dawai logam berlingkar, sering digunakan dalam kemudahan penyelidikan magnet di seluruh dunia.

Pencapaian ini dilihat sebagai satu lagi kejayaan besar bagi CHMFL (High Magnetic Field Laboratory, Chinese Academy of Sciences), selepas kejayaan mereka pada tahun 2022 dengan magnet hibrid 45.22 tesla yang paling kuat di dunia.

Menurut institusi itu, selepas hampir empat tahun usaha tanpa henti, saintis dan jurutera memperhalusi struktur magnet, mengoptimumkan proses pembuatannya, dan mencapai medan magnet yang stabil sebanyak 42.02 tesla dengan bekalan kuasa 32.3 MW, melepasi rekod 41.4 tesla yang ditetapkan oleh Makmal Medan Magnet Tinggi Kebangsaan AS pada 2017.

Menurut Joachim Wosnitza, ahli fizik di Makmal Medan Magnetik Tinggi Dresden, Jerman, pencapaian China itu membuka jalan untuk pembangunan magnet yang lebih kuat dan stabil.

Kemajuan ini berpotensi membantu penyelidik menemui fizik baharu yang tidak dijangka.

Magnet medan tinggi penting untuk meneroka sifat tersembunyi bahan canggih seperti superkonduktor, yang boleh mengalirkan arus elektrik tanpa menghasilkan haba sisa pada suhu sangat rendah.

Medan magnet yang kuat ini juga membolehkan pemerhatian fenomena fizikal baru dan manipulasi keadaan jirim, memberikan pandangan berharga dalam fizik jirim pekat.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Ujian Terbaru 6G Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat
  • Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025

Sumber: Interesting Engineering, Nature.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY