Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6G Memang Laju Boleh Capai 1TB Per Saat, Tapi Perlu Ke?

Ujian Terbaru 6G Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik di University College London telah berjaya menghantar data secara tanpa wayar pada kelajuan 938 gigabit sesaat (Gbps), sekali gus melebihi kelajuan purata sambungan telefon 5G semasa sebanyak lebih 9000 kali ganda.

Kelajuan ini membolehkan muat turun lebih daripada 20 filem berdurasi standard dalam setiap saat.

Pencapaian ini menetapkan piawaian baharu untuk data multiplex, yang menggabungkan dua atau lebih isyarat.

Untuk meningkatkan kelajuan penghantaran, Zhixin Liu dan pasukannya menggunakan spektrum frekuensi yang lebih luas, dari 5 gigahertz hingga 150 gigahertz yang menggunakan gelombang radio dan cahaya.

Eksperimen ini dijalankan untuk menilai kelajuan yang mungkin dicapai oleh 6G di masa depan.

Rangkaian akses radio generasi seterusnya (6G) memerlukan penghantaran tanpa wayar berkelajuan tinggi antara stesen pangkalan melebihi 100 Gbps.

Ini mendorong penyelidikan untuk memanfaatkan spektrum tanpa wayar sepenuhnya, termasuk jalur frekuensi sub-6 GHz pada tahap gelombang milimeter (mm) sehingga 170 GHz.

Kumpulan penyelidik itu berjaya menghantar isyarat dengan lebar jalur ultra-lebar 145 GHz merangkumi julat frekuensi 5-150 GHz, menggunakan gabungan teknologi elektronik berkelajuan tinggi dan fotonik gelombang mikro.

Mereka mencapai kadar penghantaran data selaju 938 Gbps dengan sedikit jurang antara jalur frekuensi RF dan mm-wave, menjadikannya kelajuan terpantas yang direkodkan untuk data multiplex. (Multiplex ialah proses menggabungkan satu atau lebih isyarat dan menghantar pada satu saluran)

Liu dan pasukannya kini berbincang dengan pengeluar telefon pintar dan penyedia rangkaian.

Mereka optimis bahawa kajian ini akan menjadi asas untuk teknologi 6G masa depan, walaupun pendekatan lain juga sedang dibangunkan.

Sepertimana yang dibuat oleh konsortium syarikat telekomunikasi di Jepun yang juga sedang membangunkan peranti 6G berkelajuan tinggi yang boleh menghantar data pada kelajuan sehingga 100 Gbps.

Berkaitan

  • Syarikat Jepun Berjaya Bina Peranti Wayarles 6G Pertama Di Dunia, 20 Kali Lebih Pantas Dari 5G
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • China Siapkan Projek Lebuh Raya Tanpa Pemandu Sepenuhnya, Hanya Dron Dan Robot

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY