Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Bangunkan Bateri Air Dari Bahan Untuk Membuat Tauhu

China Bangunkan Bateri Air Dari Bahan Untuk Membuat Tauhu

Diterbitkan Februari 23, 2026 · Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaharu oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Bandar Hong Kong dan Universiti Sains dan Teknologi Selatan yang diterbitkan dalam Nature Communications telah memperkenalkan bateri berair dengan elektrolit neutral pH 7 yang boleh dilupuskan terus ke alam sekitar tanpa risiko toksik.

Inovasi ini berpotesi menawar penyelesaian masalah utama kepada jenis bateri berair yang biasanya menggunakan elektrolit berasid atau beralkali, menyebabkan tindak balas sampingan, jangka hayat pendek, dan pencemaran apabila dibuang.

Screenshot 2026-02-23 101253

Apa yang menariknya lagi tentang pembangunan bateri ini adalah bateri berasaskan air ini menggunakan larutan garam yang juga digunakan dalam pembuatan tauhu dan bateri itu mampu bertahan lebih daripada 120,000 kitaran cas.

Analisis pasca-kitaran semasa pembangunan bateri itu juga menunjukkan tiada logam berat berbahaya dikesan, menjadikannya selamat untuk dilupuskan mengikut piawaian antarabangsa seperti ISO 14001.

Penemuan ini membuka jalan kepada sistem penyimpanan tenaga yang lebih selamat, tahan lama, dan mesra alam, sekali gus berpotensi menggantikan bateri berasaskan litium dalam aplikasi grid berskala besar.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Cara Aktifkan Ciri Android Yang Boleh Panjangkan Hayat Bateri
  • Bateri Semua Keadaan Pepejal Pertama Dunia Untuk EV Dilancar Donut Lab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY